welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20120419

Preve' idaman kalbu















Proton Preve' baru ja dilancarkan! Subahanallah, cantik gila! Sporty habis.!
Agaknya bila lah kau dapat ku miliki............











cepat-cepat pilih nak colour apa!!! hehee





20120411

Pena kreatif ku baru bermula....










1
Hari i ni,  hari yang sibuk  bagi  Adriana  kerana  minggu ini  merupakan  minggu  akhir  bagi study  week. Hari  isnin  hadapan  dia  akan  mula  menduduki  final  exam untuk semester ketiga.

‘’Assalamulaikum, sibuk study ke Cik Ana?” sapa Rozana teman sebiliknya yang baru pulang dari rumahnya di Sepang.

“Waalaikumussalam,Cik Rose. Yalah tak nampak ke aku ni dah macam perempuan dalam pantang.Rambut sanggul tinggi,berkain batik dan muka tak semegah ni ah.” Jawab Adriana sambil tangannya ligat membuat nota-nota ringkas di buku notanya  itu.

“ He he he...tak apalah bukan orang lain nampak. Aku seorang ja yang nampak.”
Kata Rozana sambil ketawa mengekek. Dia sibuk mengeluarkan barangan dan makanan yang dibekalkan  oleh ibunya untuk dirinya dan Adriana.

Adriana dan Rozana selalu menggunakan panggilan Cik Ana bagi menggantikan nama Adriana dan Cik Rose bagi nama Rozana. Dua teman sebilik ini memang ‘’kamcing’’ berdua. Mama Rozana sudah menganggap Adriana sebagai anaknya. Memandangkan Rozana yang hanya dua beradik sahaja. Lagi pula keluarga  Adriana yang jauh berada di Johor Bahru. Keluarga Rozanalah tempat dia menumpang kasih bagi menghilangkan rindu buat keluarganya.

“Ana,ni mama aku kirimkan makanan untuk kau.”

“Makanan?Wah,mesti sedap! Aku tahu mama kau mesti tak lupa kirim apa-apa untuk aku.he he he.” Jawab Adriana sambil membuka Tupperware yang dimaksudkan Rozana.

“Nasi ayam madu dan cheese cake...hmmmm..nyuumm nyummm...mama kau ni tahu ja yang aku ni tengah mengidam cheese cake dia ni.” Adriana berkata sambil mengambil sudu untuk makan.

‘’ Cheese cake tu adik aku Si Raihana sibuk nak makan , itu yang mama aku buat. Kau tak breakfast ke pagi tadi?’’ Tanya Rozana dengan muka sedikit pelik melihat kegelojohan Adriana menikmati Nasi Ayam Madu air tangan mamanya.

‘’Aku minum oat ja. Malam tadi tidur bangun pukul 2 pagi terus solat hajat dan study. Pukul 5.30 aku mandi dan solat subuh dan terus tak tidur. Itu yang aku kebulur ni.” Jawab Adriana dengan mulut yang mengunyah makanan.

‘’Patutlah aku tengok kau dah macam orang tak makan seminggu.Mama dan abah aku kirim salam”.

‘’ Waalaikumussalam.Rindu aku dengan mama kau. Suka hati Cik Rose nak cakap apa yang penting Cik Ana tengah gembira menikmati makanan ni. “ Balas Adriana dengan muka selamba dia .

“Itulah,aku ajak balik rumah aku tak nak.”Kata Rozana sambil membuka komputer ribanya untuk online.

“Aku bukan tak sudilah Cik Rose tapi kau tahulah aku ni bukan manusia yang tahan godaan. Kalau dah duduk rumah kau, dah sangat confirm aku tak akan study.” Jawab Adriana sambil beredar menuju ke bilik air untuk membasuh tupperware.

bersambung.....

Nota Hati : Cubaan yang pertama daripada Hafiza Suraya. Harap sudi beri komen :)


20120409

Review Novel M.A.I.D

Assalamualaikum w.b.t. dan hi semua :)
Alhamdulilah akhirnya berjaya jugak aku nak buat review pasal buku atau novel yang aku baca. Dah kali ke-2 buat review novel ni selepas review kalimah jiwa.

Kali ini novel M.A.I.D. karya Suri Ryana menjadi pilihan aku untuk dibuat review. 



Secara jujurnya, aku baru mengenali penulis muda ini. Aku tertarik mengenali karyanya bila melihat peminat novelnya yang begitu teruja dengan kemunculan novel terbarunya Isteri Separuh Masa. Aku pun terfikir , apa yang best sangat novel dia ni? Aku pun dengan rasa ingin tahu berkunjung ke blognya walaupun aku ni kawan fb dia tapi tak pernah view profile dia. hehe. Kawan apakah aku ini.huhuhu. Aku pun tengok blog dia, perrghhh ramai gila follower nya. Dekat situ ada karya Kak Suri yang boleh dibaca secara percuma  tapi sekadar pengenalan cerita dan bukannya sampai klimaks cerita.

Aku pun mula membaca bab-bab awal novel M.A.I.D yang merupakan karya sulungnya. Kalau tak silaplah. Aku pun baca dan baca. Rasa seronok pulak.hehe. Permulaan cerita yang baik dan menarik. Dalam hati berkata, '' menarik juga cerita ini''. Mana tidak, aku boleh ketawa sorang-sorang baca. Orang boleh fikir aku gila kot. haha. Tetapi memang betul, karya kak suri ni ada sambungan bab ke bab yang baik dan menarik. Buat hati pembaca rasa ingin tahu apa akan jadi lepas ni dan lepas ni. Maklumlah ada sesetengah karya tu kita baca rasa mendatar je dan tak boleh nak feel langsung.Lepas je aku dapat baca habis MAID kat blog kak suri, aku pun PM dia kat fb. Aku lebih suka privasi!hehe. Dapat respon yang sangat baik daripada kak suri. Tak sombong orangnya,peramah lagi pulak tu. 




Aku pun rasa teruja gila nak beli novel ni sebab nak tahu Si Noorul jadi ke tak kahwin dengan Harris.Nasib baik officemate akak aku ada novel ni, bolehlah aku pinjam daripada dia. Aku dapat ja novel ni terus baca yang tak dapat aku baca di blog kak suri. Baca dan baca, macam tak nak lepas daripada tangan umpama budak kecil yang  dapat mainan baru. hehehe.

Nak tahu tak? Aku yang gementar gila nak tahu apa yang Harris buat pada Noorul lepas dia orang kahwin dan duduk serumah! perrrrggghh..dup dap dup dap jantung aku. Kalau time ni ambil heart beat berapalah agaknya kelajuan jantung aku masa tu. haha. Berkesan betul skill penulisan kak suri buat pembaca suspens macam ni. Tahniah, kak suri!

Pada sudut pandangan aku sebagai pembaca baru karya kak suri, novel ini sebuah karya yang bersifat kisah masyarakat kita seperti Noorul gadis yang dilahirkan dalam keadaan keluarga yang kurang bernasib baik, tidak berpelajaran tinggi tapi seorang anak yang bertanggungjawab dengan kesanggupannya bekerja sebagai pembantu rumah walaupun kerja tak glamour you, tak ada class you tapi dia redha dan berani hadapi. Sifat penyabarnya dan patuh pada agama juga ada. Gadis yang tahu menjaga adab dan batas pergaulan dalam Islam. Tetapi kisah orang gaji kahwin dengan majikan yang handsome gila dalam realiti masyarakat kita ada ke? aku tak pasti! mungkin ada kot? 

Watak Harris sebagai seorang lelaki dan majikan yang cerewet buat aku geram gila dengan mamat seekor ni! huhu. Sikap cerewet dia mak datuk bukan tahap gaban lagi dah, tak tahulah aku tahap apa. haha.Dahlah sikit-sikit ugut nak potong gaji. Aku cepuk karang baru tahu.haha. Tetapi sebagai seorang hero mestilah ada tak sempurnanya,cerewet itu perkara biasa bagi seseorang tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Tapi aku puji dia ni, walaupun hidup dalam keluarga yang berada namun tak mengenepikan soal agama. Dia pun seorang lelaki yang pembersih dan teliti. Aku suka lelaki macam ni. Terlebih sudah aku ni.hahaha. Part yang aku tak boleh lupa, masa dia kejutkan Noorul solat subuh dia sempat tazkirah lagi dengan Noorul walaupun time tu Noorul ambil leave. hehe. Part ni jugak, kak suri dah berjaya buat aku rasa, ''Wah,bagusnya kalau aku dapat suami macam ni''. haha..Yalah, janganlah suami kita buat tak tahu bila kita tak solat dengan tak ditegur.  








ni ada sinopsis, tak payah eden nak type :) hehe

Nilai persahabatan juga tak dilupakan oleh kak suri. Watak Iman sebagai kawan sekampung dan baik kepada Noorul memang jelas. Iman seorang sahabat yang sangat baik dan tak pernah rasa hasad adan dengki bila tengok Noorul lebih daripada dia.Iman ini jugak seorang kawan di waktu senang dan susah,malah dia sanggup korbankan perasaan cinta dia pada Haikal,adik kepada Harris bila dia tahu Haikal suka Noorul. Sebagai kawan sanggup tak kita korbankan perasaan cinta kita buat sahabat baik kita?

Harris ni pun dalam cerewet ada sikit romantik juga dalam diri dia, cara dia lafazkan cinta dia memang lentoklah aku baca..hehe Dia kata dia cintakan Noorul selepas cinta kepada ALLAH,rasul dan mama dan papanya.Ini baru betul!

Novel ni secara keseluruhannya sebuah karya yang ringan dan santai. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Boleh mereleasekan otak yang serabut. Namun, kita tak boleh baca dan gelak,senyum sorang2 ja, kena tahu apa mesej yang cuba disampaikan kak suri secara santai. Bagi aku setiap novel ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Ini terserah kepada penulis bagaimana karya yang ingin diadunnya. Novel ni memang best!


inilah Kak Suri Ryana



To kak suri, Tahniah, satu percubaan yang baik! I love you lillah kak suri! :)






20120403

Review Novel Kalimah Jiwa

Seperti yang kujanjikan buat Haiza Najwa,


ni penulisnya



Review Novel Kalimah Jiwa oleh Haiza Najwa

Sinopsis :
Ifliany sama sekali tidak menduga suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka dihati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul...dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda diseluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. 


Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum.
Namun laporan pemeriksaan doctor sungguh memeranjatkan Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?



Komen saya :



Pertama kali membaca sinopsisnya rasa tertarik untuk mengetahui kisah Kalimah Jiwa. Ketika membaca plot-plot awal agak sukar memahami gaya bahasa yang digunakan oleh penulis ini. Penggunaan kata dan ayat “boombastik” meletakkan karya ini di tempatnya yang sendiri.

Kalimah Jiwa sebuah novel yang temanya tentang perjuangan seorang gadis mempertahankan kesucian diri. Karya ini bersesuaian  dengan situasi gadis hari ini, yang tidak lagi mementingkan soal kesucian diri dengan menyerahkan tubuh mereka untuk disentuh oleh insan bukan suami kononnya sebagai tanda cinta! Oh,tak masuk akal! Nauzubillah minzalik! Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan gadis di luar sana, tolonglah pelihara dan pertahankan kesucian diri anda. Janganlah kita menjatuhkan harga diri sendiri. Tiada harga bagi sebuah maruah diri. Aku begitu kagum dengan perjuangan Ifliany mempertahankan kesucian diri walaupun berada di sebuah sarang pelacuran.

Karya ini juga sebuah karya yang bersifat “menyindir” dan “memerli” gelagat masyarakat kita hari ini. Contohnya, ramai wanita hari ini bertudung tapi masih nampak jambul. Ahli politik yang mempunyai perempuan simpanan.
Karya ini mengetengahkan isu ketandusan moral masyarakat kita hari ini dengan isu seksual seperti gay. Gadis di IPT yang sanggup melacurkan diri demi mengejar kemewahan. Walaupun ada yang diperangkap oleh lelaki hidung belang.

Aku juga kagum dengan Datin Sherina, ibu kepada Fahren yang tidak berasa malu atau angkuh untuk memohon maaf kepada menantunya, Ifliany atas penganiayaan anaknya kepada Ifliany. Ini satu situasi yang mungkin sukar untuk ditemui masyarakat hari ini. Dia juga mengakui apa yang anak dia lakukan tanpa mengecam orang kononnya sengaja membuat fitnah terhadap anaknya.

Kisah seorang pelacur yang juga mangsa Fahren, Amanda yang sempat menginsafi dosanya selama ini turut meruntun hati aku. Dia takut Allah tidak menerima keampunan daripadanya . Ini jelas menunjukkan sejahat-jahat manusia pasti  takut akan balasan Allah.

Aku juga kagum dengan Ifliany yang sabar dan tabah memohon kepada ALLAH agar dikeluarkan daripada neraka dunia tersebut hampir 1001 malam. Bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan bertahmid kepada ALLAH. Tubuhnya sentiasa dibasahi wuduk dengan siang dan malamnya hanya beribadat kepada ALLAH. Aku tahu, aku tidak mampu untuk jadi seperti Ifliany tapi aku akan berusaha menuju ke arah itu.

Ifliany hidupnya dari kecil hingga besar asyik dihimpit tekanan daripada bapanya yang meragui Ifliany sebagai anaknya. Namun ,hati seorang bapa juga busuk kerana sanggup mempunyai niat untuk jadi haruan makan anak. Aku ingin ketawa bila mengingati apa yang Ifliany katakan kepada bapanya dengan menunjukkan al-quran, “Ayah bantu saya hafaz surah Luqman. Luqman itu seorang ayah yang bagus untuk diteladani.” Bila bapanya cuba merapatinya.

Pesan ibunya “Solat, puteriku. Solat disetiap kesempatanmu. Bila berlabuh tirai malam, sebelum mengucap selamat malam pada alam buat seketika, lakukan solat taubat. Ditakdirkan kita pergi sesudah itu, insyaALLAH kita berada dalam keampunan-NYA. Neraka menutup pintu buat mereka yang ikhlas bertaubat.” Menjadi panduan buat Ifliany.

Watak Naqlis sebagai peguam ternama juga tidak kurang hebatnya. Naqlis pada mulanya rasa tertipu apabila laporan pakar gynae mengesahkan Ifliany masih dara sedangkan dia mendakwa Fahren sepupunya sendiri melacurkan anak guamnya tapi laporan pakar itu membuat dia berasa kredibilitinya sebagai peguam handal dipermainkan oleh Ifliany. Tetapi apabila mengetahui bagaimana gadis itu memperjuangkan kesucian diri dengan memohon perlindungan dan sepasrah-pasrahnya kepada Allah membuat dia berasa kagum dan jatuh cinta kepada gadis teraniaya itu .

Ifliany mencintai Naqlis tetapi enggan mengahwini Naqlis kerana berasa dirinya tidak layak untuk pemuda baik seperti Naqlis lagikan pula status sebagai bekas pelacur walaupun “pelacur suci” tetap dipanggil pelacur jika namanya pelacur.   Namun, nazar Ifliany sebelum bebas daripada neraka dunia itu  iaitu dia sanggup memperhambakan diri pada insan yang berjaya mengeluarkannya dari banglo jahanam Fahren membuatkan dia akur untuk mengahwini Naqlis.

Naqlis seorang suami yang cukup romantic dan baik. Ketika Marissa, bekas kekasihnya cuba meracuni fikirannya dengan memburukkan isterinya namun, dia mampu meletakkan akal dihadapan dan bukannya emosi. Dia tidak melulu percaya.

Sikap pengasih Tengku Marini, iaitu ibu mertua Ifliany yang tidak kisah menerima Ifliany sebagai menantu tanpa sikap prejudis terhadap Ifliany turut membuat aku kagum.


Hidayah teman baik Ifliany yang setia,baik dan mempercayai Ifliany turut memperhebatkan lagi karya ini. Elemen persahabatan yang ditonjolkan dalam karya ini membuatkan karya ini cukup sempurna dari segi nilai murni dan pengajaran yang ingin disampaikan.


Ternyata apa yang Haiza Najwa cuba lakukan dengan berdakwah melalui karya dapat disampaikan dengan baik.

Apa yang boleh aku cakap, novel ini sebuah karya yang cukup hebat. Aku berasa tidak ada cacat celanya karya ini. Semoga karya ini dapat dijadikan pengajaran buat aku dan anda semua. Tahniah kepada Haiza Najwa dan Alaf 21 yang berjaya menerbitkan sebuah novel yang bermutu seperti ini.


my conversation with Haiza Najwa :





20120316

Puding coklat ''self-saucing'' tanpa telur


Assalamualaikum dan hi semua :)
Apa khabar semua ? sihat? gembira? harap2 kau orang semua sihat ye :)
Kali ni entry nak share satu resipi yang aku dah cuba. Resipi ni milik DR EZANI MASTERCHEF MALAYSIA :)

ni resipinya :)

Puding coklat ''self-saucing'' tanpa telur

Bahan-bahan kek2 cawan tepung gandum1 ½ cawan gula kastor2 sudu besar serbuk koko1 ½ sudu besar serbuk penaik (baking powder)1/2 sudu teh garam 1 cawan susu1/2 cawan mentega/marjerin, dicairkan
Bahan-bahan sos2 cawan gula perang6 sudu besar serbuk koko3 ¼ cawan air mendidih dicampurkan dengan 2 sudu besar serbuk kopi
Cara-cara1) Panaskan ketuhar kepada 180°c.2) Untuk adunan kek, campurkan tepung, gula kastor, koko, serbuk penaik (baking powder) dan garam bersama-sama. Tambah susu dan mentega/marjerin cair kepada bahan-bahan kering. Campurkan sehingga sebati. Tuang ke dalam dulang pembakar 9 inci.3) Campurkan gula perang, serbuk koko, dan air mendidih sehingga gula dan koko larut. Tuangkan ke atas adunan kek. Bakar pada suhu 180°c selama kira-kira 45 minit atau hingga kek masak.4) Hidangkan dengan ditaburkan dengan serbuk koko dan krim putar. 

p/s sebelum buat tak tengok betul2 resipinya jadi letak sos tu bila kek dah mula masak dan bakar lagi di dalam oven..hiasan badam dan walnut tu saja ja..hehe 







20120313

to my best cousin ever



to noor rasyidah : kita berdua je tahu rahsia hati masing-masing.
p/s saya kenal sayang saya!








20120219

belajar buat bahulu

Assalamuaikum dan hi semua!

Hari ni nak kongsi pasal kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai orang iaitu bahulu!
I'm one of the fan bahulu! hehe
memang suka sangat kuih bahulu ni...lagi2lah kalau dicicah dengan air teh.!perrggghh yuuuummmm..:)
Bahulu ini antara kuih tradisional yang banyak dilakukan inovasi dengan mempelbagaikan rasa bahulu tersebut dengan letak pelbagai perisa seperti pandan. Tapi bagi aku yang original lagi besttt.

Resipi mak aku yang bagi :

1 mangkuk telur telur dan 1 mangkuk gula pasir ( lebih lagi bagus) sebab rasa dia lagi enak dan menjadi sakar atau keras. Bagi tepung pulak jangan penuh semangkuk sebab kalau banyak tepung tak sedap.
Caranya pukul telur dan gula sampai betul2 kembang dan ringan serta putih. Ni kena betul2 kembang kalau tak, tak jadilah bahulu! hehe





nak tabur badam pun boleh















Followers