welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20120403

Review Novel Kalimah Jiwa

Seperti yang kujanjikan buat Haiza Najwa,


ni penulisnya



Review Novel Kalimah Jiwa oleh Haiza Najwa

Sinopsis :
Ifliany sama sekali tidak menduga suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka dihati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul...dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda diseluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. 


Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum.
Namun laporan pemeriksaan doctor sungguh memeranjatkan Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?



Komen saya :



Pertama kali membaca sinopsisnya rasa tertarik untuk mengetahui kisah Kalimah Jiwa. Ketika membaca plot-plot awal agak sukar memahami gaya bahasa yang digunakan oleh penulis ini. Penggunaan kata dan ayat “boombastik” meletakkan karya ini di tempatnya yang sendiri.

Kalimah Jiwa sebuah novel yang temanya tentang perjuangan seorang gadis mempertahankan kesucian diri. Karya ini bersesuaian  dengan situasi gadis hari ini, yang tidak lagi mementingkan soal kesucian diri dengan menyerahkan tubuh mereka untuk disentuh oleh insan bukan suami kononnya sebagai tanda cinta! Oh,tak masuk akal! Nauzubillah minzalik! Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan gadis di luar sana, tolonglah pelihara dan pertahankan kesucian diri anda. Janganlah kita menjatuhkan harga diri sendiri. Tiada harga bagi sebuah maruah diri. Aku begitu kagum dengan perjuangan Ifliany mempertahankan kesucian diri walaupun berada di sebuah sarang pelacuran.

Karya ini juga sebuah karya yang bersifat “menyindir” dan “memerli” gelagat masyarakat kita hari ini. Contohnya, ramai wanita hari ini bertudung tapi masih nampak jambul. Ahli politik yang mempunyai perempuan simpanan.
Karya ini mengetengahkan isu ketandusan moral masyarakat kita hari ini dengan isu seksual seperti gay. Gadis di IPT yang sanggup melacurkan diri demi mengejar kemewahan. Walaupun ada yang diperangkap oleh lelaki hidung belang.

Aku juga kagum dengan Datin Sherina, ibu kepada Fahren yang tidak berasa malu atau angkuh untuk memohon maaf kepada menantunya, Ifliany atas penganiayaan anaknya kepada Ifliany. Ini satu situasi yang mungkin sukar untuk ditemui masyarakat hari ini. Dia juga mengakui apa yang anak dia lakukan tanpa mengecam orang kononnya sengaja membuat fitnah terhadap anaknya.

Kisah seorang pelacur yang juga mangsa Fahren, Amanda yang sempat menginsafi dosanya selama ini turut meruntun hati aku. Dia takut Allah tidak menerima keampunan daripadanya . Ini jelas menunjukkan sejahat-jahat manusia pasti  takut akan balasan Allah.

Aku juga kagum dengan Ifliany yang sabar dan tabah memohon kepada ALLAH agar dikeluarkan daripada neraka dunia tersebut hampir 1001 malam. Bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan bertahmid kepada ALLAH. Tubuhnya sentiasa dibasahi wuduk dengan siang dan malamnya hanya beribadat kepada ALLAH. Aku tahu, aku tidak mampu untuk jadi seperti Ifliany tapi aku akan berusaha menuju ke arah itu.

Ifliany hidupnya dari kecil hingga besar asyik dihimpit tekanan daripada bapanya yang meragui Ifliany sebagai anaknya. Namun ,hati seorang bapa juga busuk kerana sanggup mempunyai niat untuk jadi haruan makan anak. Aku ingin ketawa bila mengingati apa yang Ifliany katakan kepada bapanya dengan menunjukkan al-quran, “Ayah bantu saya hafaz surah Luqman. Luqman itu seorang ayah yang bagus untuk diteladani.” Bila bapanya cuba merapatinya.

Pesan ibunya “Solat, puteriku. Solat disetiap kesempatanmu. Bila berlabuh tirai malam, sebelum mengucap selamat malam pada alam buat seketika, lakukan solat taubat. Ditakdirkan kita pergi sesudah itu, insyaALLAH kita berada dalam keampunan-NYA. Neraka menutup pintu buat mereka yang ikhlas bertaubat.” Menjadi panduan buat Ifliany.

Watak Naqlis sebagai peguam ternama juga tidak kurang hebatnya. Naqlis pada mulanya rasa tertipu apabila laporan pakar gynae mengesahkan Ifliany masih dara sedangkan dia mendakwa Fahren sepupunya sendiri melacurkan anak guamnya tapi laporan pakar itu membuat dia berasa kredibilitinya sebagai peguam handal dipermainkan oleh Ifliany. Tetapi apabila mengetahui bagaimana gadis itu memperjuangkan kesucian diri dengan memohon perlindungan dan sepasrah-pasrahnya kepada Allah membuat dia berasa kagum dan jatuh cinta kepada gadis teraniaya itu .

Ifliany mencintai Naqlis tetapi enggan mengahwini Naqlis kerana berasa dirinya tidak layak untuk pemuda baik seperti Naqlis lagikan pula status sebagai bekas pelacur walaupun “pelacur suci” tetap dipanggil pelacur jika namanya pelacur.   Namun, nazar Ifliany sebelum bebas daripada neraka dunia itu  iaitu dia sanggup memperhambakan diri pada insan yang berjaya mengeluarkannya dari banglo jahanam Fahren membuatkan dia akur untuk mengahwini Naqlis.

Naqlis seorang suami yang cukup romantic dan baik. Ketika Marissa, bekas kekasihnya cuba meracuni fikirannya dengan memburukkan isterinya namun, dia mampu meletakkan akal dihadapan dan bukannya emosi. Dia tidak melulu percaya.

Sikap pengasih Tengku Marini, iaitu ibu mertua Ifliany yang tidak kisah menerima Ifliany sebagai menantu tanpa sikap prejudis terhadap Ifliany turut membuat aku kagum.


Hidayah teman baik Ifliany yang setia,baik dan mempercayai Ifliany turut memperhebatkan lagi karya ini. Elemen persahabatan yang ditonjolkan dalam karya ini membuatkan karya ini cukup sempurna dari segi nilai murni dan pengajaran yang ingin disampaikan.


Ternyata apa yang Haiza Najwa cuba lakukan dengan berdakwah melalui karya dapat disampaikan dengan baik.

Apa yang boleh aku cakap, novel ini sebuah karya yang cukup hebat. Aku berasa tidak ada cacat celanya karya ini. Semoga karya ini dapat dijadikan pengajaran buat aku dan anda semua. Tahniah kepada Haiza Najwa dan Alaf 21 yang berjaya menerbitkan sebuah novel yang bermutu seperti ini.


my conversation with Haiza Najwa :





2 comments:

Nads Couture said...

bgs laa genree blog ni..keep it up a good work..i will follow u :)

hafiza suraya said...

terima kasih :) INSYAALLAH I will..
thanks a lot :) I follow u back :)

Followers