welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

20120827

gadjet




Iphone: Semalam i jatuh. sakit tauu.
Blackberry: Teruk ke?
Android: Lain kali, hati hati.
Nokia 3310: Gedik jer. Aku jatuh. Rilex jer.

kesimpulannya, pakailah apa sahaja hp yg korang suka asalkan pandai jaga!hehee




20110213

10 perkara yang penduduk bumi perlu tahu pasal orang johor

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah” Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”roti perata – roti canaisemangka -tembikaiepok2 -karipap

20101231

doa seorang insan yang bernama ibu :)

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami

Ya Allah, ya Jabbar, ya Ghaffar
Anugerahkan kepada kami para pemimpin kami kearifan
untuk mendidik anak-anak negeri ini dalam
kesalehan Berikan kepada mereka petunjuk-Mu
sehingga mereka menjadi suri teladan bagi kami dan anak-anak kami
Limpahkan kepada mereka perlindungan-Mu
supaya mereka melindungi kami dengan keadilan-Mu
Jauhkan mereka dari kezaliman
sehingga kami dapat mengabdi-Mu dengan tentram dan aman

Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesalehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengobat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan
sayangi kami yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan

20100906

Iklan Raya Petronas 2010



salam semua :)

iklan raya paling best! hehe
so,kene cari orang dekat2 supaya tak gado2 macam ni..hahahaa
nasib baik tak jadi ngan orang tu...kalo tak balik Penang la aku...hehee




jom,layan!





20100530

Tips nak hadapi exam

nak exam rasa cemas?aku cuba bantu korang

apa yang korang boleh amalkan bila tengah exam :)

1.Sebelum buat revision tu bacalah doa pastu mohon keampunan kepada ALLAH.
2.Sedekahkanlah al-fatihah buat cikgu atau pensyarah yang ajar korang subjek yang korang nak study tu.
3.berdoa mohon ALLAH berkati segala ilmu yang diberikan dan disampaikan diaorang kepada korang
4.jangan tinggal solat 5 waktu.
5.jangan putus berdoa.
6.sebelum mula exam baca al-fatihah,ayat kursi dan berdoa mohon keampunan diri,ibu ayah,cikgu-cikgu dan kawan-kawan.
7.berdoa mohon dipermudahkan ALLAH untuk menjawab soalan dan dijauhkan ''stuck'' ketika exam.
8.kalau ''stuck'' gak berselawatlah banyak2 dan mohon kepada ALLAH agar korang diberi ilham untuk menjawab.
9.jangan sekali-kali meniru sebab korang tak akan tahu dimana kekurangan korang dalam subjek tuh.
10.banyakkan beristighfar dan berzikir dan berselawat sebelum dan sewaktu exam nescaya korang akan tenang menghadapi exam.
11.berdoa selepas solat moga-moga soalan yang kuar soalan yang korang tahu apa jawapannya dan cara untuk menjawab dan menyelesaikannya.

aku cuma mahu berkongsi dengan korang.mudah-mudahan dapat membantu korang menghadapi exam dengan tenang dan jayanya.Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan bedoa ALLAH sahaja yang berhak menentukan segala-galanya.

20100507

MUET speaking

Hari isnin ni aku akan menghadapi exam MUET speaking!
OMG! berdebar2 giler...tak tahu nak ceritakan bagaimana perasaan ku ketika ini????
adakah aku ok???

dah setahun blaja MUET aku rasa seperti baru sebulan!huhuhu
pejam2 celik dah setahun rupanyer aku blaja utk ambil exam ni...
aku mohon ALLAH berkati segala ilmu yang telah diberikan dan disampaikan oleh guruku kepada ku...amin~~~

Ya ALLAH aku mohon kau permudahkanlah lidahku ini untuk berkata-kata pada pagi isnin nanti..
kau janganlah sukarnya..kau permudahkanlah aku mendapat ilham...amin ya rabbal alamin~~~

aku mohon kepada-MU kau berikan keputusan band yg terbaik untuk ku ya ALLAH...
sesungguhnya aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-MU...amin~~~



Followers