Hari ni aku mendapat satu peluang@tanggungjawab yang begitu berat kurasakan.Nak tahu apa benda itu,aku diberi jawatan untuk menjadi ketua pengarang bagi buletin MPPUSAB.Owh,tidak ku sangka ada insan yakin dengan kebolehan diriku ini.Aku sangat terkejut bila Din beritahu hal tersebut.Pada mulanya,aku ingin menolak sahaja tawaran tersebut tetapi bila memikirkan ini adalah peluang yang baik untuk aku mempelajari sesuatu yang baru aku terima jawatan ini dengan hati yang berdebar-debar.Apa yang merisaukan aku saat ini adalah bagaimana untuk mencari ajk aku.Almaklumlah,aku tidak berapa mengenali rakan-rakan seperjuanganku terutamanya rakan-rakan dari kelas-kelas lain.Hal ini,begitu menyukarkan aku untuk mendapatkan ajk yang boleh diharap.Esok ada mesyuarat tapi aku masih belum mengenal pasti siapa ajk -ajk aku.Aduh,parah!
welcome
#inihafizasuraya#
- hafiza suraya
- Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
- siapa bising aku tulis nama korang kat sini
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts
20091116
~Tanggungjawab~
hak cipta ku
aku
20091115
Kembali
Alhamdulilah,aku dapat kembali mengemas "rumahku" ini yang sudah berhabuk sebab dah lama sangat tinggalkan "rumah" ni dan tak menjenguk langsung rumah aku ni..hehehe..kesian "rumah" aku ni dapat tuan rumah macam aku.Kali terakhir aku post ialah last ramadan itu pun paksakan diri untuk ucapkan selamat hari raya.Sebenarnya begitu banyak yang nak aku tulis dan diceritakan di blog ni tapi sebab kemalasan untuk duduk lama-lama kat depan pc membuatkan benda tu semua tak menjadi.Lupakan seketika hal tadi,sekarang ni aku nak bercerita pasal kehidupan aku di Tingkatan 6 yang begitu memberi ujian padaku.Terlalu banyak kekuatan semangat dan keimanan yang diperlukan untuk menempuh segala cabaran.Bersyukurlah aku kerana dikelilingi rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk aku terus bertahan.Kawan-kawan baru yang kukenali begitu memahami diri ini meskipun kami berlainan latar belakang dan sekolah dahulu.Tidak lupa juga pada guru-guru aku,terutamanya guru seni iaitu Puan Mariana.Cikgu Mariana banyak memberi perangsang dan semangat untuk kami.Dia sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada kami pelajarnya.Dia memberi keyakinan kepada aku dan rakan-rakanku yang lain bahawa kami boleh berjaya di dalam STPM.Terima Kasih Cikgu Mariana!saya sayang cikgu.
hak cipta ku
aku
Subscribe to:
Posts (Atom)