welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini
Showing posts with label novel review. Show all posts
Showing posts with label novel review. Show all posts

20120805

.review aku mahu kamu karya aleya aneesa.



REVIEW  AKU MAHU KAMU KARYA ALEYA ANESA
SINOPSIS

Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun  sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput Ilahi benar-benar meragut kebahagian dia dan Ziyad.
Keegoaan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat,Qisya berkroban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman ZIyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala banyangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap ruang nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.


Ulasan saya :

Pertama sekali aku nak minta maaf kat Kak Aleya Anesa aka Marwati Wahab sebab baru berpeluang baca novel akak yang keenam ni itupun sebab pinjam daripada kawan. Hikhikhik.
Masa baca synopsis memang menarik dan seperti yang kau orang tahu, novel Aleya Aneesa tak pernah mengecewakan! Aku dah baca kelima-lima novelnya sebelum ini bersama Alaf 21 dan UNTUKMU SAYANG.

ni dia kak aleya aneesa ku yang comel,


Okay, ini kali pertama aku buat review novel Aleya Aneesa.
Baca prolog buat aku kebingungan, siapa Karmila? Tapi baca jugak. Perkenalan Qisya dan Ziyad memang menarik dan sangat sweet! Tersenyum sendiri aku part Ziyad nak lamar Qisya. Sangat sempoi! Tak payah nak romantik bagaikan.hehehe. Latar cerita ni kat JB jadi seronok dan best sangat nak baca sebab boleh angankan scene-scene tu especially kat Skudai Prade tu. Betullah apa orang kata, cinta dan jodoh ni datang pada masa yang kita tak duga. Masa kita dah dapat cinta, kita pulak dilukai dan masa terluka pulak Allah dah datangkan orang lain untuk kita. Jadi pengajaran yang aku boleh dapat, dalam bab cinta sesama manusia kita tak boleh terlalu luka dan menyalahkan cinta kerana mungkin dia bukan orang yang sepatutnya hidup dengan kita. Jadi bersabarlah dalam mencintai dan dicintai! Cewah, ayat tak boleh tahan aku ni. Hikhikhik.

Cerita ini jugak melihat tanggapan masyarakat terhadap pekerja bawahan dan di kaunter yang sering dianggap tak berpendidikan tinggi jadi tak perlulah nak dihormatkan dan boleh sesuka hati maki hamun dan tak melihat mereka juga manusia yang perlu dihormati walau apa pun pangkat dan tahap pendidikan mereka. Tapi tak semua orang yang berkerja sebagai kerani tu tak berpelajaran tinggi , ada jugak yang belajar tinggi tapi sebab tuntutan hidup, mereka rembat apa sahaja peluang kerja walaupun tak sesuai dengan kelulusan.

Cerita ini jugak berkaitan reality sekarang, para suami hari ini sering menganggap seorang isteri dan ibu yang duduk di rumah dengan kata mudahnya suri rumah tangga sepenuh masa tergalas sepenuhnya tanggungjawab akan keselamatan dan kebajikan anak oleh sang suami! Sebab para suami hari ini suka salahkan isteri bila anak jatuh dan sakit, dia tahu isteri kat rumah tu hanya jaga anak dan tak payah buat benda lain agaknya? Tak adilkan orang lelaki ni kat perempuan kadang-kadang kan ?Siapa tak sayang anak? Korang  pun tahu, binatang sayang anak dia apatah lagi kita manusia biasa makhluk ALLAH yang diciptanya dengan perasaan dan akal. Cerita ini menunjukkan ketidakadilan seorang suami yang menghukum isteri kerana kematian anak mereka dengan alasan kecuaian seorang isteri menjaga anak mereka. Ziyad tak adil bagi aku kerana meletakkan semua kesalahan  dibahu isterinya. Kalau aku jadi Qisya pun aku sedih. Aku dapat rasakan duka yang ditanggung Qisya. Serius Ziyad tak adil!
Maaf kak aleya, Ziyad memang tak adil. Hukhukhuk

Satu yang aku komenlah karya kak aleya yang satu ni, (tak layak pun komen sebab aku bukan penulis mahupun novelis cuma seorang yang minat baca novel especially karya kak aleya), karya kak aleya terlalu mengutamakan watak Ziyad dan Qisya sehingga watak ibu angkat Ziyad seolah-olah tidak berperanan sebagai orang tua kepada Ziyad yang sepatutnya berperanan dalam konflik yang melanda perkahwinan Ziyad dan Qisya walaupun zahirnya hanya ibu angkat.

Watak Qisya sebagai isteri yang dihukum suami sendiri sangat aku kagum sebab dia cukup kuat menghadapi hidup dia tanpa insan bernama suami disisi. Qisya positif dengan kehidupan dia.
Watak Ziyad sebagai ayah yang penyayang kepada anak mereka, Firyal juga sangat menarik untuk dihayati. Anak perempuankan memang selalu lebih rapat dengan ayah.

Kak aleya, sebenarnya ibu atau ayah dua-dua derita apabila hilang anak. Mungkin ada hikmah yang ALLAH mahu beri dan mungkin anak yang ALLAH ambil itu yang akan menunggu mereka di syurga nanti dan mungkin juga anak itu bakal menyusahkan kedua-dua ibu dan ayahnya kelak jadi ALLAH mengambil anak itu terlebih dahulu daripada ibu dan ayahnya. Siapa tahu kerja ALLAH?

Konklusinya, novel AKU MAHU KAMU karya kak aleya ni menghiburkan dan mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat serta tidak mengecewakan para peminat karya ALEYA ANEESA @ MARWATI WAHAB.


            


20120702

review novel biarkan ia berlalu karya sha ibrahim







Alhamdulilah sekali lagi aku berjaya meringan-ringankan jari-jemari aku untuk menari di papan kekunci komputer untuk buat satu review tentang novel ini.
Melihat sinopsis dan ketebalan muka surat sudah cukup menyimpulkan yang ceritanya heavy dan penuh konflik. Masa baca sinopsis tak adalah berapa teruja nak baca tapi bila cuba baca dan baca plot-plot awal hmmm.... menarik juga karya penulis muda ini. Idea yang bagus dan cukup menarik.

Novel ini sebenarnya lebih bertemakan tentang dendam, persahabatan, kekeluargaan dan percintaan yang berbeza berbanding novel lain. Tema dendam yang cuba diangkat oleh penulis menjadi jalan cerita utama  cerita ini. Nadia...kerana dendam dan kejatuhan kekayaan keluargaannya akibat sikap tamak dan ketaksuban manusia terhadap  harta kekayaan oleh Tan Sri Khalid yang merupakan kawan baik arwah bapanya membuatkan Nadia merancang sesuatu agar orang yang bertanggungjawab ‘’memufliskan’’ keluarganya mendapat balasan dan merana.
Watak Nadia seorang gadis yang cekal, bijak dan berani. Namun, kerana dendam dan menuntut pembelaan atas apa yang terjadi kepada keluarganya menjadikan dia seorang pendendan. Dikelilingi sahabat-sahabatnya Baby dan Tiara yang cukup penyanyang dan supportive memudahkan lagi misinya. Ibu dan abangnya cukup mengambil berat akan diri Nadia. Satu yang aku puji sikap ibu dan abang Nadia, Dr. Imran, mereka tak mudah percaya apa yang dimomokkan di akhbar mahupun majalah tentang Nadia, mereka akan mendengar penjelasan Nadia terlebih dahulu dan mereka sangat percayakan Nadia. Sikap ini perlu kita semai dalam hubungan kekeluargaan iaitu mempercayai ahli keluarga kita dan mengenali mereka lebih daripada orang luar mengenali mereka.

Apa yang pengajaran yang aku rasa kita boleh dapat, dendam sememangnya menjadikan kehidupan kita tidak tenang. Sememangnya tidak salah kita nak pertahankan maruah keluarga namun, jangan sampai menggadaikan nilai persahabatan. Sesungguhnya nilai persahabatan yang suci tak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Tema persahabatan yang dibangkitkan penulis cukup mengagumkan, terasa seperti aku menjadi dan mempunyai Nadia, Tiara dan Baby. Kasih sayang mereka memang hebat. Alangkah seronoknya dapat memiliki sahabat-sahabat seperti mereka. Kawan memang senang nak dapat tapi SAHABAT sukar sekali. Sebagai sahabat, kita seharusnya menjadi penyokong apa sahaja yang sahabat kita ingin lakukan namun, jika perbuatannya salah dan sudah tersasar dari landasan, kita seharusnya menghalang perbuatannya inilah yang dilakukan oleh Tiara dan Baby apabila Nadia sudah bertindak jauh kerana dendam.

Novel ini cukup teliti olahan ceritanya, setiap watak ada cerita masing-masing jadi taklah sekadar watak pembantu je kan?hehe

Watak Syafiq, sebagai hero adakalanya menyakitkan hati, tapi sifat penyanyang dia dengan Lily, anak yatim yang menghidap penyakit jantung cukup berkesan buat aku sebagai pembaca. Syafiq lelaki yang keras dari luarannya namun, mempunyai jiwa penyayang yang tinggi. Keegoaannya melafazkan cintanya terhadap Nadia membuatkan dia memendam rasa. So, buat lelaki di luar sana jangan nak ego sangat, kalau dah suka tu, cakap jelah suka. Huahuahua.

Sebenarnya novel ni  sangat sarat dengan kasih sayang, nilai persahabatan dan kekeluargaan. Nasihat aku buat diri sendiri juga , kita ni janganlah ‘hidup’ dalam dendam sebab hidup kita akan sentiasa rasa tak tenang. Seelok-eloknya kemaafan ialah hadiah buat hati yang dendam! Apabila kita dah maafkan orang, jiwa kita pun lapang.

Konklusinya, siapa kata, Kaki Novel hanya popular dengan mampu mengeluarkan novel yang bertemakan ‘kahwin paksa’ sahaja? Buktinya novel ni, jalan  cerita yang berbeza, percintaan yang unik sebab cinta tak semestinya dilafaz tapi dirasa kehadirannya. Wah, wah keluar falsafah cinta pulak aku ni. Hahaha. Tak lupa tatabahasanya, diksi, metaforanya dan ayat juga teratur!
Syabas, Sha Ibrahim! Good Job! 

20120409

Review Novel M.A.I.D

Assalamualaikum w.b.t. dan hi semua :)
Alhamdulilah akhirnya berjaya jugak aku nak buat review pasal buku atau novel yang aku baca. Dah kali ke-2 buat review novel ni selepas review kalimah jiwa.

Kali ini novel M.A.I.D. karya Suri Ryana menjadi pilihan aku untuk dibuat review. 



Secara jujurnya, aku baru mengenali penulis muda ini. Aku tertarik mengenali karyanya bila melihat peminat novelnya yang begitu teruja dengan kemunculan novel terbarunya Isteri Separuh Masa. Aku pun terfikir , apa yang best sangat novel dia ni? Aku pun dengan rasa ingin tahu berkunjung ke blognya walaupun aku ni kawan fb dia tapi tak pernah view profile dia. hehe. Kawan apakah aku ini.huhuhu. Aku pun tengok blog dia, perrghhh ramai gila follower nya. Dekat situ ada karya Kak Suri yang boleh dibaca secara percuma  tapi sekadar pengenalan cerita dan bukannya sampai klimaks cerita.

Aku pun mula membaca bab-bab awal novel M.A.I.D yang merupakan karya sulungnya. Kalau tak silaplah. Aku pun baca dan baca. Rasa seronok pulak.hehe. Permulaan cerita yang baik dan menarik. Dalam hati berkata, '' menarik juga cerita ini''. Mana tidak, aku boleh ketawa sorang-sorang baca. Orang boleh fikir aku gila kot. haha. Tetapi memang betul, karya kak suri ni ada sambungan bab ke bab yang baik dan menarik. Buat hati pembaca rasa ingin tahu apa akan jadi lepas ni dan lepas ni. Maklumlah ada sesetengah karya tu kita baca rasa mendatar je dan tak boleh nak feel langsung.Lepas je aku dapat baca habis MAID kat blog kak suri, aku pun PM dia kat fb. Aku lebih suka privasi!hehe. Dapat respon yang sangat baik daripada kak suri. Tak sombong orangnya,peramah lagi pulak tu. 




Aku pun rasa teruja gila nak beli novel ni sebab nak tahu Si Noorul jadi ke tak kahwin dengan Harris.Nasib baik officemate akak aku ada novel ni, bolehlah aku pinjam daripada dia. Aku dapat ja novel ni terus baca yang tak dapat aku baca di blog kak suri. Baca dan baca, macam tak nak lepas daripada tangan umpama budak kecil yang  dapat mainan baru. hehehe.

Nak tahu tak? Aku yang gementar gila nak tahu apa yang Harris buat pada Noorul lepas dia orang kahwin dan duduk serumah! perrrrggghh..dup dap dup dap jantung aku. Kalau time ni ambil heart beat berapalah agaknya kelajuan jantung aku masa tu. haha. Berkesan betul skill penulisan kak suri buat pembaca suspens macam ni. Tahniah, kak suri!

Pada sudut pandangan aku sebagai pembaca baru karya kak suri, novel ini sebuah karya yang bersifat kisah masyarakat kita seperti Noorul gadis yang dilahirkan dalam keadaan keluarga yang kurang bernasib baik, tidak berpelajaran tinggi tapi seorang anak yang bertanggungjawab dengan kesanggupannya bekerja sebagai pembantu rumah walaupun kerja tak glamour you, tak ada class you tapi dia redha dan berani hadapi. Sifat penyabarnya dan patuh pada agama juga ada. Gadis yang tahu menjaga adab dan batas pergaulan dalam Islam. Tetapi kisah orang gaji kahwin dengan majikan yang handsome gila dalam realiti masyarakat kita ada ke? aku tak pasti! mungkin ada kot? 

Watak Harris sebagai seorang lelaki dan majikan yang cerewet buat aku geram gila dengan mamat seekor ni! huhu. Sikap cerewet dia mak datuk bukan tahap gaban lagi dah, tak tahulah aku tahap apa. haha.Dahlah sikit-sikit ugut nak potong gaji. Aku cepuk karang baru tahu.haha. Tetapi sebagai seorang hero mestilah ada tak sempurnanya,cerewet itu perkara biasa bagi seseorang tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Tapi aku puji dia ni, walaupun hidup dalam keluarga yang berada namun tak mengenepikan soal agama. Dia pun seorang lelaki yang pembersih dan teliti. Aku suka lelaki macam ni. Terlebih sudah aku ni.hahaha. Part yang aku tak boleh lupa, masa dia kejutkan Noorul solat subuh dia sempat tazkirah lagi dengan Noorul walaupun time tu Noorul ambil leave. hehe. Part ni jugak, kak suri dah berjaya buat aku rasa, ''Wah,bagusnya kalau aku dapat suami macam ni''. haha..Yalah, janganlah suami kita buat tak tahu bila kita tak solat dengan tak ditegur.  








ni ada sinopsis, tak payah eden nak type :) hehe

Nilai persahabatan juga tak dilupakan oleh kak suri. Watak Iman sebagai kawan sekampung dan baik kepada Noorul memang jelas. Iman seorang sahabat yang sangat baik dan tak pernah rasa hasad adan dengki bila tengok Noorul lebih daripada dia.Iman ini jugak seorang kawan di waktu senang dan susah,malah dia sanggup korbankan perasaan cinta dia pada Haikal,adik kepada Harris bila dia tahu Haikal suka Noorul. Sebagai kawan sanggup tak kita korbankan perasaan cinta kita buat sahabat baik kita?

Harris ni pun dalam cerewet ada sikit romantik juga dalam diri dia, cara dia lafazkan cinta dia memang lentoklah aku baca..hehe Dia kata dia cintakan Noorul selepas cinta kepada ALLAH,rasul dan mama dan papanya.Ini baru betul!

Novel ni secara keseluruhannya sebuah karya yang ringan dan santai. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Boleh mereleasekan otak yang serabut. Namun, kita tak boleh baca dan gelak,senyum sorang2 ja, kena tahu apa mesej yang cuba disampaikan kak suri secara santai. Bagi aku setiap novel ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Ini terserah kepada penulis bagaimana karya yang ingin diadunnya. Novel ni memang best!


inilah Kak Suri Ryana



To kak suri, Tahniah, satu percubaan yang baik! I love you lillah kak suri! :)






20120403

Review Novel Kalimah Jiwa

Seperti yang kujanjikan buat Haiza Najwa,


ni penulisnya



Review Novel Kalimah Jiwa oleh Haiza Najwa

Sinopsis :
Ifliany sama sekali tidak menduga suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka dihati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul...dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda diseluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. 


Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum.
Namun laporan pemeriksaan doctor sungguh memeranjatkan Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?



Komen saya :



Pertama kali membaca sinopsisnya rasa tertarik untuk mengetahui kisah Kalimah Jiwa. Ketika membaca plot-plot awal agak sukar memahami gaya bahasa yang digunakan oleh penulis ini. Penggunaan kata dan ayat “boombastik” meletakkan karya ini di tempatnya yang sendiri.

Kalimah Jiwa sebuah novel yang temanya tentang perjuangan seorang gadis mempertahankan kesucian diri. Karya ini bersesuaian  dengan situasi gadis hari ini, yang tidak lagi mementingkan soal kesucian diri dengan menyerahkan tubuh mereka untuk disentuh oleh insan bukan suami kononnya sebagai tanda cinta! Oh,tak masuk akal! Nauzubillah minzalik! Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan gadis di luar sana, tolonglah pelihara dan pertahankan kesucian diri anda. Janganlah kita menjatuhkan harga diri sendiri. Tiada harga bagi sebuah maruah diri. Aku begitu kagum dengan perjuangan Ifliany mempertahankan kesucian diri walaupun berada di sebuah sarang pelacuran.

Karya ini juga sebuah karya yang bersifat “menyindir” dan “memerli” gelagat masyarakat kita hari ini. Contohnya, ramai wanita hari ini bertudung tapi masih nampak jambul. Ahli politik yang mempunyai perempuan simpanan.
Karya ini mengetengahkan isu ketandusan moral masyarakat kita hari ini dengan isu seksual seperti gay. Gadis di IPT yang sanggup melacurkan diri demi mengejar kemewahan. Walaupun ada yang diperangkap oleh lelaki hidung belang.

Aku juga kagum dengan Datin Sherina, ibu kepada Fahren yang tidak berasa malu atau angkuh untuk memohon maaf kepada menantunya, Ifliany atas penganiayaan anaknya kepada Ifliany. Ini satu situasi yang mungkin sukar untuk ditemui masyarakat hari ini. Dia juga mengakui apa yang anak dia lakukan tanpa mengecam orang kononnya sengaja membuat fitnah terhadap anaknya.

Kisah seorang pelacur yang juga mangsa Fahren, Amanda yang sempat menginsafi dosanya selama ini turut meruntun hati aku. Dia takut Allah tidak menerima keampunan daripadanya . Ini jelas menunjukkan sejahat-jahat manusia pasti  takut akan balasan Allah.

Aku juga kagum dengan Ifliany yang sabar dan tabah memohon kepada ALLAH agar dikeluarkan daripada neraka dunia tersebut hampir 1001 malam. Bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan bertahmid kepada ALLAH. Tubuhnya sentiasa dibasahi wuduk dengan siang dan malamnya hanya beribadat kepada ALLAH. Aku tahu, aku tidak mampu untuk jadi seperti Ifliany tapi aku akan berusaha menuju ke arah itu.

Ifliany hidupnya dari kecil hingga besar asyik dihimpit tekanan daripada bapanya yang meragui Ifliany sebagai anaknya. Namun ,hati seorang bapa juga busuk kerana sanggup mempunyai niat untuk jadi haruan makan anak. Aku ingin ketawa bila mengingati apa yang Ifliany katakan kepada bapanya dengan menunjukkan al-quran, “Ayah bantu saya hafaz surah Luqman. Luqman itu seorang ayah yang bagus untuk diteladani.” Bila bapanya cuba merapatinya.

Pesan ibunya “Solat, puteriku. Solat disetiap kesempatanmu. Bila berlabuh tirai malam, sebelum mengucap selamat malam pada alam buat seketika, lakukan solat taubat. Ditakdirkan kita pergi sesudah itu, insyaALLAH kita berada dalam keampunan-NYA. Neraka menutup pintu buat mereka yang ikhlas bertaubat.” Menjadi panduan buat Ifliany.

Watak Naqlis sebagai peguam ternama juga tidak kurang hebatnya. Naqlis pada mulanya rasa tertipu apabila laporan pakar gynae mengesahkan Ifliany masih dara sedangkan dia mendakwa Fahren sepupunya sendiri melacurkan anak guamnya tapi laporan pakar itu membuat dia berasa kredibilitinya sebagai peguam handal dipermainkan oleh Ifliany. Tetapi apabila mengetahui bagaimana gadis itu memperjuangkan kesucian diri dengan memohon perlindungan dan sepasrah-pasrahnya kepada Allah membuat dia berasa kagum dan jatuh cinta kepada gadis teraniaya itu .

Ifliany mencintai Naqlis tetapi enggan mengahwini Naqlis kerana berasa dirinya tidak layak untuk pemuda baik seperti Naqlis lagikan pula status sebagai bekas pelacur walaupun “pelacur suci” tetap dipanggil pelacur jika namanya pelacur.   Namun, nazar Ifliany sebelum bebas daripada neraka dunia itu  iaitu dia sanggup memperhambakan diri pada insan yang berjaya mengeluarkannya dari banglo jahanam Fahren membuatkan dia akur untuk mengahwini Naqlis.

Naqlis seorang suami yang cukup romantic dan baik. Ketika Marissa, bekas kekasihnya cuba meracuni fikirannya dengan memburukkan isterinya namun, dia mampu meletakkan akal dihadapan dan bukannya emosi. Dia tidak melulu percaya.

Sikap pengasih Tengku Marini, iaitu ibu mertua Ifliany yang tidak kisah menerima Ifliany sebagai menantu tanpa sikap prejudis terhadap Ifliany turut membuat aku kagum.


Hidayah teman baik Ifliany yang setia,baik dan mempercayai Ifliany turut memperhebatkan lagi karya ini. Elemen persahabatan yang ditonjolkan dalam karya ini membuatkan karya ini cukup sempurna dari segi nilai murni dan pengajaran yang ingin disampaikan.


Ternyata apa yang Haiza Najwa cuba lakukan dengan berdakwah melalui karya dapat disampaikan dengan baik.

Apa yang boleh aku cakap, novel ini sebuah karya yang cukup hebat. Aku berasa tidak ada cacat celanya karya ini. Semoga karya ini dapat dijadikan pengajaran buat aku dan anda semua. Tahniah kepada Haiza Najwa dan Alaf 21 yang berjaya menerbitkan sebuah novel yang bermutu seperti ini.


my conversation with Haiza Najwa :





Followers