1
Hari i ni, hari yang sibuk bagi Adriana kerana minggu ini merupakan minggu akhir bagi study week. Hari isnin hadapan dia akan mula menduduki final exam untuk semester ketiga.
Hari i ni, hari yang sibuk bagi Adriana kerana minggu ini merupakan minggu akhir bagi study week. Hari isnin hadapan dia akan mula menduduki final exam untuk semester ketiga.
‘’Assalamulaikum, sibuk study ke Cik Ana?” sapa Rozana teman sebiliknya yang baru pulang dari rumahnya di Sepang.
“Waalaikumussalam,Cik Rose. Yalah tak nampak ke aku ni dah macam perempuan dalam pantang.Rambut sanggul tinggi,berkain batik dan muka tak semegah ni ah.” Jawab Adriana sambil tangannya ligat membuat nota-nota ringkas di buku notanya itu.
“ He he he...tak apalah bukan orang lain nampak. Aku seorang ja yang nampak.”
Kata Rozana sambil ketawa mengekek. Dia sibuk mengeluarkan barangan dan makanan yang dibekalkan oleh ibunya untuk dirinya dan Adriana.
Adriana dan Rozana selalu menggunakan panggilan Cik Ana bagi menggantikan nama Adriana dan Cik Rose bagi nama Rozana. Dua teman sebilik ini memang ‘’kamcing’’ berdua. Mama Rozana sudah menganggap Adriana sebagai anaknya. Memandangkan Rozana yang hanya dua beradik sahaja. Lagi pula keluarga Adriana yang jauh berada di Johor Bahru. Keluarga Rozanalah tempat dia menumpang kasih bagi menghilangkan rindu buat keluarganya.
“Ana,ni mama aku kirimkan makanan untuk kau.”
“Makanan?Wah,mesti sedap! Aku tahu mama kau mesti tak lupa kirim apa-apa untuk aku.he he he.” Jawab Adriana sambil membuka Tupperware yang dimaksudkan Rozana.
“Nasi ayam madu dan cheese cake...hmmmm..nyuumm nyummm...mama kau ni tahu ja yang aku ni tengah mengidam cheese cake dia ni.” Adriana berkata sambil mengambil sudu untuk makan.
‘’ Cheese cake tu adik aku Si Raihana sibuk nak makan , itu yang mama aku buat. Kau tak breakfast ke pagi tadi?’’ Tanya Rozana dengan muka sedikit pelik melihat kegelojohan Adriana menikmati Nasi Ayam Madu air tangan mamanya.
‘’Aku minum oat ja. Malam tadi tidur bangun pukul 2 pagi terus solat hajat dan study. Pukul 5.30 aku mandi dan solat subuh dan terus tak tidur. Itu yang aku kebulur ni.” Jawab Adriana dengan mulut yang mengunyah makanan.
‘’Patutlah aku tengok kau dah macam orang tak makan seminggu.Mama dan abah aku kirim salam”.
‘’ Waalaikumussalam.Rindu aku dengan mama kau. Suka hati Cik Rose nak cakap apa yang penting Cik Ana tengah gembira menikmati makanan ni. “ Balas Adriana dengan muka selamba dia .
“Itulah,aku ajak balik rumah aku tak nak.”Kata Rozana sambil membuka komputer ribanya untuk online.
“Aku bukan tak sudilah Cik Rose tapi kau tahulah aku ni bukan manusia yang tahan godaan. Kalau dah duduk rumah kau, dah sangat confirm aku tak akan study.” Jawab Adriana sambil beredar menuju ke bilik air untuk membasuh tupperware.
bersambung.....
Nota Hati : Cubaan yang pertama daripada Hafiza Suraya. Harap sudi beri komen :)