welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20120805

.review aku mahu kamu karya aleya aneesa.



REVIEW  AKU MAHU KAMU KARYA ALEYA ANESA
SINOPSIS

Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun  sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput Ilahi benar-benar meragut kebahagian dia dan Ziyad.
Keegoaan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat,Qisya berkroban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman ZIyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala banyangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap ruang nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.


Ulasan saya :

Pertama sekali aku nak minta maaf kat Kak Aleya Anesa aka Marwati Wahab sebab baru berpeluang baca novel akak yang keenam ni itupun sebab pinjam daripada kawan. Hikhikhik.
Masa baca synopsis memang menarik dan seperti yang kau orang tahu, novel Aleya Aneesa tak pernah mengecewakan! Aku dah baca kelima-lima novelnya sebelum ini bersama Alaf 21 dan UNTUKMU SAYANG.

ni dia kak aleya aneesa ku yang comel,


Okay, ini kali pertama aku buat review novel Aleya Aneesa.
Baca prolog buat aku kebingungan, siapa Karmila? Tapi baca jugak. Perkenalan Qisya dan Ziyad memang menarik dan sangat sweet! Tersenyum sendiri aku part Ziyad nak lamar Qisya. Sangat sempoi! Tak payah nak romantik bagaikan.hehehe. Latar cerita ni kat JB jadi seronok dan best sangat nak baca sebab boleh angankan scene-scene tu especially kat Skudai Prade tu. Betullah apa orang kata, cinta dan jodoh ni datang pada masa yang kita tak duga. Masa kita dah dapat cinta, kita pulak dilukai dan masa terluka pulak Allah dah datangkan orang lain untuk kita. Jadi pengajaran yang aku boleh dapat, dalam bab cinta sesama manusia kita tak boleh terlalu luka dan menyalahkan cinta kerana mungkin dia bukan orang yang sepatutnya hidup dengan kita. Jadi bersabarlah dalam mencintai dan dicintai! Cewah, ayat tak boleh tahan aku ni. Hikhikhik.

Cerita ini jugak melihat tanggapan masyarakat terhadap pekerja bawahan dan di kaunter yang sering dianggap tak berpendidikan tinggi jadi tak perlulah nak dihormatkan dan boleh sesuka hati maki hamun dan tak melihat mereka juga manusia yang perlu dihormati walau apa pun pangkat dan tahap pendidikan mereka. Tapi tak semua orang yang berkerja sebagai kerani tu tak berpelajaran tinggi , ada jugak yang belajar tinggi tapi sebab tuntutan hidup, mereka rembat apa sahaja peluang kerja walaupun tak sesuai dengan kelulusan.

Cerita ini jugak berkaitan reality sekarang, para suami hari ini sering menganggap seorang isteri dan ibu yang duduk di rumah dengan kata mudahnya suri rumah tangga sepenuh masa tergalas sepenuhnya tanggungjawab akan keselamatan dan kebajikan anak oleh sang suami! Sebab para suami hari ini suka salahkan isteri bila anak jatuh dan sakit, dia tahu isteri kat rumah tu hanya jaga anak dan tak payah buat benda lain agaknya? Tak adilkan orang lelaki ni kat perempuan kadang-kadang kan ?Siapa tak sayang anak? Korang  pun tahu, binatang sayang anak dia apatah lagi kita manusia biasa makhluk ALLAH yang diciptanya dengan perasaan dan akal. Cerita ini menunjukkan ketidakadilan seorang suami yang menghukum isteri kerana kematian anak mereka dengan alasan kecuaian seorang isteri menjaga anak mereka. Ziyad tak adil bagi aku kerana meletakkan semua kesalahan  dibahu isterinya. Kalau aku jadi Qisya pun aku sedih. Aku dapat rasakan duka yang ditanggung Qisya. Serius Ziyad tak adil!
Maaf kak aleya, Ziyad memang tak adil. Hukhukhuk

Satu yang aku komenlah karya kak aleya yang satu ni, (tak layak pun komen sebab aku bukan penulis mahupun novelis cuma seorang yang minat baca novel especially karya kak aleya), karya kak aleya terlalu mengutamakan watak Ziyad dan Qisya sehingga watak ibu angkat Ziyad seolah-olah tidak berperanan sebagai orang tua kepada Ziyad yang sepatutnya berperanan dalam konflik yang melanda perkahwinan Ziyad dan Qisya walaupun zahirnya hanya ibu angkat.

Watak Qisya sebagai isteri yang dihukum suami sendiri sangat aku kagum sebab dia cukup kuat menghadapi hidup dia tanpa insan bernama suami disisi. Qisya positif dengan kehidupan dia.
Watak Ziyad sebagai ayah yang penyayang kepada anak mereka, Firyal juga sangat menarik untuk dihayati. Anak perempuankan memang selalu lebih rapat dengan ayah.

Kak aleya, sebenarnya ibu atau ayah dua-dua derita apabila hilang anak. Mungkin ada hikmah yang ALLAH mahu beri dan mungkin anak yang ALLAH ambil itu yang akan menunggu mereka di syurga nanti dan mungkin juga anak itu bakal menyusahkan kedua-dua ibu dan ayahnya kelak jadi ALLAH mengambil anak itu terlebih dahulu daripada ibu dan ayahnya. Siapa tahu kerja ALLAH?

Konklusinya, novel AKU MAHU KAMU karya kak aleya ni menghiburkan dan mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat serta tidak mengecewakan para peminat karya ALEYA ANEESA @ MARWATI WAHAB.


            


No comments:

Followers