welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20120702

review novel biarkan ia berlalu karya sha ibrahim







Alhamdulilah sekali lagi aku berjaya meringan-ringankan jari-jemari aku untuk menari di papan kekunci komputer untuk buat satu review tentang novel ini.
Melihat sinopsis dan ketebalan muka surat sudah cukup menyimpulkan yang ceritanya heavy dan penuh konflik. Masa baca sinopsis tak adalah berapa teruja nak baca tapi bila cuba baca dan baca plot-plot awal hmmm.... menarik juga karya penulis muda ini. Idea yang bagus dan cukup menarik.

Novel ini sebenarnya lebih bertemakan tentang dendam, persahabatan, kekeluargaan dan percintaan yang berbeza berbanding novel lain. Tema dendam yang cuba diangkat oleh penulis menjadi jalan cerita utama  cerita ini. Nadia...kerana dendam dan kejatuhan kekayaan keluargaannya akibat sikap tamak dan ketaksuban manusia terhadap  harta kekayaan oleh Tan Sri Khalid yang merupakan kawan baik arwah bapanya membuatkan Nadia merancang sesuatu agar orang yang bertanggungjawab ‘’memufliskan’’ keluarganya mendapat balasan dan merana.
Watak Nadia seorang gadis yang cekal, bijak dan berani. Namun, kerana dendam dan menuntut pembelaan atas apa yang terjadi kepada keluarganya menjadikan dia seorang pendendan. Dikelilingi sahabat-sahabatnya Baby dan Tiara yang cukup penyanyang dan supportive memudahkan lagi misinya. Ibu dan abangnya cukup mengambil berat akan diri Nadia. Satu yang aku puji sikap ibu dan abang Nadia, Dr. Imran, mereka tak mudah percaya apa yang dimomokkan di akhbar mahupun majalah tentang Nadia, mereka akan mendengar penjelasan Nadia terlebih dahulu dan mereka sangat percayakan Nadia. Sikap ini perlu kita semai dalam hubungan kekeluargaan iaitu mempercayai ahli keluarga kita dan mengenali mereka lebih daripada orang luar mengenali mereka.

Apa yang pengajaran yang aku rasa kita boleh dapat, dendam sememangnya menjadikan kehidupan kita tidak tenang. Sememangnya tidak salah kita nak pertahankan maruah keluarga namun, jangan sampai menggadaikan nilai persahabatan. Sesungguhnya nilai persahabatan yang suci tak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Tema persahabatan yang dibangkitkan penulis cukup mengagumkan, terasa seperti aku menjadi dan mempunyai Nadia, Tiara dan Baby. Kasih sayang mereka memang hebat. Alangkah seronoknya dapat memiliki sahabat-sahabat seperti mereka. Kawan memang senang nak dapat tapi SAHABAT sukar sekali. Sebagai sahabat, kita seharusnya menjadi penyokong apa sahaja yang sahabat kita ingin lakukan namun, jika perbuatannya salah dan sudah tersasar dari landasan, kita seharusnya menghalang perbuatannya inilah yang dilakukan oleh Tiara dan Baby apabila Nadia sudah bertindak jauh kerana dendam.

Novel ini cukup teliti olahan ceritanya, setiap watak ada cerita masing-masing jadi taklah sekadar watak pembantu je kan?hehe

Watak Syafiq, sebagai hero adakalanya menyakitkan hati, tapi sifat penyanyang dia dengan Lily, anak yatim yang menghidap penyakit jantung cukup berkesan buat aku sebagai pembaca. Syafiq lelaki yang keras dari luarannya namun, mempunyai jiwa penyayang yang tinggi. Keegoaannya melafazkan cintanya terhadap Nadia membuatkan dia memendam rasa. So, buat lelaki di luar sana jangan nak ego sangat, kalau dah suka tu, cakap jelah suka. Huahuahua.

Sebenarnya novel ni  sangat sarat dengan kasih sayang, nilai persahabatan dan kekeluargaan. Nasihat aku buat diri sendiri juga , kita ni janganlah ‘hidup’ dalam dendam sebab hidup kita akan sentiasa rasa tak tenang. Seelok-eloknya kemaafan ialah hadiah buat hati yang dendam! Apabila kita dah maafkan orang, jiwa kita pun lapang.

Konklusinya, siapa kata, Kaki Novel hanya popular dengan mampu mengeluarkan novel yang bertemakan ‘kahwin paksa’ sahaja? Buktinya novel ni, jalan  cerita yang berbeza, percintaan yang unik sebab cinta tak semestinya dilafaz tapi dirasa kehadirannya. Wah, wah keluar falsafah cinta pulak aku ni. Hahaha. Tak lupa tatabahasanya, diksi, metaforanya dan ayat juga teratur!
Syabas, Sha Ibrahim! Good Job! 

2 comments:

© Elee Mardiana said...

Bagus ulasannya, Hafiza Suraya, buat akak teruja untuk mendapatkan novel ini. Tahniah.

annur hafizah said...

pengorbanan dalam sebuah cerita nampak macam sesuatu yang biasa, tapi bila baca ulasan..saya teruja nak baca novel ni. :)

salam ramadhan dan perkenalan. saya datang dari fb sembang-sembang Elee Mardiana.

oh ye, saya ada buat review ttg sebuah novel juga,.baru je. bolehlah baca .:)

http://www.matapenaalsunan.blogspot.com

Followers