welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20110827

syawal dirai dulu sebelum ramadan

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ramadan :)

Alhamdulilah kita umat Islam dah hampir berjaya melawan nafsu segala nafsu di bulan yang penuh mulia dan keberkatan ini. Rasa tak percaya '' bulan cinta hadiah daripada Ilahi ini '' akan berakhir tidak berapa jam saja lagi. Syawal pula akan menjelma. Saya sedih la dengan budaya orang kita sekarang menyambut ramadan, mana tak syawal atau raya diraikan dahulu berbanding ramadan dengan persiapan dan keghairahan menyambut syawal yang terlebih sehingga mengentengkan amalan dan ibadah puasa. Belum pun nak raya orang dah fikir pasal persiapan raya, promosi hari raya pun melampau sangat sehingga orang kita jadi lalai dan leka dengan budaya yang sebenarnya dalam bulan cinta itu.

Belum pun puasa bermula, orang kita dah dok sibuk p cari baju raya la apalah. Memanglah tak salah membuat persiapan awal tapi kalau dah sampai terlebih-lebih itu tak eloklah.
Sedih memang sedih...

Apalah nak jadi kan kalau budaya ini berterusan. Menyambut syawal itu wajib sebagai tanda kemenangan kita. Tapi kalau dan persiapannya berlebih-lebihan, macam mana tu? siapa nak jawab?

Honestly, saya menyambut syawal dengan cara yang sederhana namun juadah untuk dijamu tetamu dan saudara-mara memang utama. Raya ni bila dah besar-besar atau bahasa mudahnya dah tua-tua ni haha memang dah tak sehebat zaman kanak-kanak ribena. hehe

Yang penting bagi saya raya ni saya dapat jumpa saudara-mara dan mengeratkan dan memesrakan lagi hubungan bersama mereka. 

# terima kasih sudi baca :)





No comments:

Followers