welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20110714

. kita rasa ujian ni pahitkan? .


.life.





Benarlah kata orang setiap perkara yang kita rasakan pahit pada mulanya sebenarnya tersirat dengan seribu kemanisan. Percaya atau tak anda akan merasainya disaat anda diuji dengan ujian daripada-NYA.

Allah telah membuktikan bahawa Dia tidak pernah zalim kepada hamba-NYA kerana ALLAH itu Maha Adil, Pengasih dan Penyayang.Adakalanya kita berasa Allah tidak kasih akan kita kerana telah memberi kita musibah mahupun dugaan yang hebat sedangkan kita tidak nampak bahawa ALLAH akan memberi kita seribu kemanisan dan hikmah yang terlalu besar untuk dinilai dan dinyatakan dengan kata-kata mahupun tulisan.

''Allah tidak akan menguji hamba-NYA dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-NYA''.


Inilah kata-kata yang aku pegang selama ini tatkala aku rasa ujian datang melanda diri ini.

Oleh itu, sebagai hamba-NYA yang mengaku cinta, kasih, sayang, yakin dan beriman kepada-NYA perlu bersangka baik, reda, dan tabah tatkala diuji oleh Tuhan-MU.










No comments:

Followers