welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20110605

luahan gadis semasa



assalamualaikum :)

lamanya tak update rasa bersawang dan berserabut gila blog aku.hehe
dahla background and header blog aku ntah apa2 ja..huhuhu
serius bluurrr gila nak manage blog ni..huhu
sekarang ni masa untuk bebelog dah semakin dicemburui la....busy2..busy belajar ekonomi rumah tangga and menjadi ''misi'' tak bertauliah untuk my mom yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.Biasalah keluar masuk wad.Tidur and makan dalam wad dah biasa dah untuk aku. Tidur atas kerusi,katil patient ke dah biasa dah. Badan ni dah lali.hehe

Sekarang banyak benda dah aku belajar pasal kehidupan macam mana nak bajet duit dapur, beli barang dapur, pilih ikan, banding harga dan macam-macam lagi. Sebelum ni pergi pasar tahu ikut je mak nak beli apa. Sekarang ni sendiri kena ingat dan fikir apa yang ada dan tak ada kat dalam dapur tu huhuhu
nak masak apa macam mana nak masak kena rujuk kat mak dulu.Alhamdulilah dapat jugak belajar beberapa resipi yang mudah .hehee

betullah setiap apa yang terjadi tu pasti punya hikmah yang tersendiri dan setiap yang berlaku nampak sukar pada mulanya sebenarnya pasti ada mudahya.


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah - Ayat 5 dan 6).


apa yang penting kita kena banyak bersabar dan bermuhasabah tatkala ditimpa musibah mahpun tsunami kecil daripada-NYA.

Walaupun mak aku disahkan kaner kolon or usus besar tahap 4 aku tetap berfikiran positif dan berikhtiar untuk mencari penawar sakitnya ini. Sebab aku berpegang kepada kata-kata bahawa tiada sakit yang tiada penawarnya kecuali mati. Dan saya juga yakin yang ALLAH itu maha pemberi kerana Dia yang memberikan sakit maka dia juga yang akan menyembuhkannya.

Alhamdulilah mak aku dikurniakan doktor2 yang baik,berdedikasi dan berpengalaman. Mereka juga mesra dan baik hati. Mereka tak sombong malah mesra. syukran ya ALLAH.

rasanya cukup buat disini sahaja luahan gadis semasa kali ni :)




# terima kasih kerana membaca :)




No comments:

Followers