welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20110213

dugaan awal tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria untuk semua :)

Pertama sekali,marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat DIA yang telah memanjangkan usia kita dan memberi kita peluang untuk mengumpul seberapa banyak amalan sebagai bekalan ke SANA nanti.

Lama sungguh rasanya tak menconteng kat sana,sudah lama tak 'membebel panjang di sini' heehe

*sungguh saya rindu!

awal tahun diduga dengan ujian daripadaNYA yang begitu sayang kepada hambaNYA.

# mak saya sakit perut yang berpanjangan selama 2/3 hari bila pergi klinik swasta doctor kata gastrik and ada ulser sikit.
# bila balik klinik my mom tak boleh makan mahupun bau makanan sebab dia akan muntah.
#sabtu 1.1.11 dia punya birthday yang ke-58. As her daughter, saya sangat sedih sebab sepatutnya hari tu menjadi hari yang melapangkan dia sebab tahun 2010 merupakan final year dia bertugas sebagai seorang guru tabika KEMAS.
# petang sabtu tu jugak kiteorg bawak dia pergi HSAJB sebab dia sakit perut yang teramat sangat.
# kat emergency doctor kata suspek apendik.
# bila doctor cakap macam tu, we all tak lah risau sangat.So,hampir 3 hari mak saya dalam wad barulah dapat operation disebabkan OT yang penuh dengan kes emergency almaklumlah tahun baru mat rempit ramai yang tersasar.huhuhu
# kiteorang sangat sabar menunggu walaupun mak saya dah puasa daripada hari sabtu.Lastly,hari isnin 3.1.11 pukul 4.15 petang mak saya pun dibawa ke OT (operation theatre).
# saya pun amek keputusan untuk balik dulu and pas maghrib baru datang semula. Masa tu hati dan perasaan ni biasa-biasa saje takdelah rasa tak sedap hati ke.Tapi hari sabtu tu saya ''melalak'' jugaklah mak masuk wad sebab mak saya tak pernah masuk wad KECUALI beranak.hehe
# pukul 8 malam saya pun sampai wad tapi malangnya mak saya masih belum keluar dari OT walaupun dah hampir 4 jam.Apalagi saya dan akak saya risaulah.Ada mak cik tu cakap,mungkin apendik pecah that's why lama.Kalau operate apendik lebih kurang 1 jam je.
# Penantian selama hampir 7 jam berakhir pukul 11 lebih malam bila mak saya dah keluar dari OT.
# Saya pun berasa syukur yang terhingga terhadap-NYA sebab masih mengizinkan saya dan keluarga melihat dan bersama mak saya lagi.
# Doctor Firdaus pun explain keadaan sebenar.Rupa-rupanya time diaorang buat operation apendiks,diaorang tak jumpa pun apendik tapi yang diaorang jumpa ialah usus besar yang bengkak dan hampir pecah dan boleh meragut nyawa.ALLAHUAKHBAR!!!
# So, mak saya menjalani 2 operation dalam masa lebih kurang 7 jam tu.Diaorang  tak buat scan dan begitu yakin ni apendik. Memang tak dapat dinafikan symptom mak saya dapat semua macam apendik.Kitaorang tak salahkan sesiapa dan menganggap ini semua urusan DIA YANG MAHA MENGETAHUI.
# Tapi apa pun aku sangat bersyukur doktor ambil tindakan pantas dengan buat operation time tu jugak! terima kasih doctor2!!!
#  bermulalah episod baru hidupku iaitu menjaga mak sakit di wad.
#banyak sungguh kenangan manis dan pahit yang begitu berharga yang akan aku kenang seumur hidupku.
#Aku bersyukur mak aku sakit masa aku masih muda remaja dan belum berkahwin.Yelah kalau dah kahwin,dah ada anak,husband mestilah susah sikitkan.

*banyaknyer membebel,penatlah type..hahaa

No comments:

Followers