welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20101107

subjek sejarah wajib lulus SPM 2013 : setuju sangat!


Assalamualaikum semua :)

aku rasa terpanggil menyuarakan sesuatu di sini setelah kerajaan mengambil keputusan untuk mewajibkan subjek Sejarah sebagai lulus SPM mulai tahun 2013. Sememangnya aku sangat setuju dengan langkah kerjaan  bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara sebenarnya. Jikalau tak sebelum ni subjek sejarah hanya dipandang sebelah mata dan paling tidak diminati oleh para pelajar sekolah terutamanya pelajar Melayu. Aku bukan nak kata aku ni bagus sangat, tapi aku memang minat sejarah kerana sejarah lah banyak mengajar kita tentang sesuatu. Korang fikirlah sendiri, kalau tanpa sejarah kita tak akan tahu sejarah negara kita dan sejarah Nabi Muhammad S.A.W. serta bagaimana  Rasulullah menyampaikan dakwah. Tak lupa juga macam mana Islam berkembang ke Tanah Melayu. Semuanya bermula daripada pembelajaran subjek sejarah.

targetku Sejarah STPM 2010!ameen
Malah, aku masih belajar sejarah di peringkat STPM sebab minat yang mendalam dalam subjek ni. Sejarah STPM tak banyak beza dengan sejarah PMR mahupun SPM sebab apa yang dipelajari di STPM adalah lanjutan daripada peringkat PMR dan SPM. Bentuk peperiksaan sahaja yang berbeza. Almaklumlah, sejarah STPM dah tak ada soalan hitam-hitamkan lagi dah (objektif) atau strukur (jawapan yang pendek-pendek tu). Sejarah STPM korang kena jawab dalam esei yang panjang lebih kurang 4 muka surat. Panjang ke tak tu?mahu  tak lenguh tangan aku menulis dengan menjawab 8 soalan untuk 2 paper sejarah.Bayangkanlah kiteorang blaja 4 buku iaitu Tamadun Dunia,Tamadun Islam, Sejarah Malaysia dan Sejarah Asia tapi kena jawab 2 soalan SAHAJA bagi satu buku.

Sebenarnya pengetahuan dalam sejarah ni penting sangat. Tanpa pengetahuan dalam sejarah kau akan mudah ditipu atau dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!Kalau bolehlah belajar sesuatu tu biarlah untuk mendapat ilmu bukan untuk sekadar lulus dengan cemerlang dalam exam je.Kalau kita menuntut ilmu dengan ikhlas dan nawaitu kerana ALLAH SWT insyaALLAH akan berjaya.

Aku memang setuju sangat dengan keputusan ni sebab para pelajar baru sedar kepentingan subjek sejarah dan peratus lulus sejarah bagi setiap sekolah di seluruh negara akan meningkat.

semoga aku akan memperoleh keputusan cemerlang bagi subjek sejarahku dalam STPM 2010 ni.ameen.

nota kaki : semoga sayang kuat ye!



No comments:

Followers