welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100906

tiada shopping raya untuk saya

 
gambar sekadar hiasan


salam semua :)

raya lagi beberapa hari je lagi...ramadan pun hampir berlalu...sedih terasa untuk berpisah dengan bulan cinta ini *sayu*
semoga dipanjangkan umur oleh ALLAH S.W.T agar dapat bertemu dengan bulan cinta ini tahun depan.ameen.

perempuan dan shopping tak boleh berpisah bagai irama dan lagu lagi-lagilah nak raya nikan?
he.he.he
tapi tahun ni tiada shopping raya untuk saya !

tahun ni  aku akan berperang dengan STPM jadi tak nak terlampau excited nak raya! hehehe
aku rasa raya tahun ni bukan untuk aku.

tahun ni aku cuba belajar untuk fokus kepada STPM.Aku cuba untuk melawan nafsu untuk beraya dan bergaya sakan pada raya kali ni.sedang cuba.

tahun ni saya tidak memerlukan kasut raya baru kerana kasut yang ada sudah mencukupi dan masih elok lagi.alhamdulilah.
kalo nak beli pun sandal yang berharga RM 10 yang berlambak jual di kip mart tampoi. he.he.he.
oklah daripada tak ada yang baru.

sebenarnya dah berapa tahun tak membeli kasut raya baru *senyum*
sebab aku ni tak cerewet,apa yang ada aku tibai je.ha.ha.ha.

entahla tak tahu kenapa tahun ni memang tiada mood langsung untuk bershopping raya?
*senyum sambil angkat kening*

rasa tak sanggup nak bersesak di shopping complex.
rimas.


semakin aku dewasa,bagi aku raya lebih kepada nak jumpa dan berkumpul dengan kaum keluarga dan saudara-mara.
lebih excited nak berkumpul dengan sepupu-sepupu sebaya dan anak-anak buah.

masa nilah nak berkumpul ramai-ramai.nak bertanya khabar dan bertukar cerita.
yang paling penting tak lupa bergambar.he.he.he

masa kecik-kecik dulu,raya ni waktu yang paling ditunggu.
nak baju baru,kasut baru dan semua benda nak serba baru. ha.ha.ha

tapi bila dah besar ni,semua tu dah tak berapa heran sangat.
cukuplah sepasang dua baju kurung baru.itu pun dah tersangat syukur.

tahun ni ada  4 pasang baju baru.
buat bukan untuk raya je tapi preparation nak  masuk u tahun depan.he.he.he
yelah nanti masuk u nak kene banyak baju kurungkan?he.he.he

-
-
-

p/s merancang untuk buat 3 jenis biskut raya.he.he.he







No comments:

Followers