welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100911

1 syawal yang penuh keceriaan + keletihan (PART 1)




me ceria di pagi 1 Syawal 1431H :)

EN.ABDUL HAMID RAHMAT DAN PN SADIYAH AB KADIR

Alhamdulilah genap  sudah sebulan kita berpuasa dan tibalah hari kemenangan untuk kita semua umat Islam di atas kejayaan melawan hawa nafsu di bulan yang penuh mulia itu.Malam raya terasa begitu untuk berpisah dengan bulan ramadan.Bermacam rasa yang dirasa malam itu.Rasa sedih,sayu,hiba,gembira tetapi yang penting aku memang menangis mengenangkan dan memikirkan adakah panjang umurku ini untuk bertemu ramadan buat kali ke-20 dalam usia 20 tahun aku bernafas di dunia ciptaan ilahi ini?Ya ALLAH,Ya Rahman,Ya Rahim aku mohon kau lanjutkan usiaku agar aku dapat bertemu 'bulan cinta' ini lagi tahun depan diusiaku 20 tahun.Ya ALLAH,aku mohon kau terima ibadah puasaku dan keluargaku.

Cerita pagi 1 Syawal 1431H bersamaan 10 September 2010 M :

pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk persiapan pagi 1 Syawal.Aku hanya memakai baju raya tahun lepas di pagi raya terlebih dahulu.Dah nak jalan baru pakai baju baru.hehe.

pagi-pagi lagi adik-adik mak aku dah ''serang'' rumah aku.ha.ha.ha.
mana tak,lepas je balik daripada solat sunat aidilfitri semua ''serang'' rumah aku.
kelam kabut gamaknya aku dan akak aku siapkan meja makan,masukkan kuih dalam balang kuih dan buat air.Nasib baiklah aku dan akak memang dah biasa dengan suasana macam ni.Almaklumlah,family ni besar dan ramai.Rumah aku memang  ''port'' ''mereka'' berkumpul.

aku rasa seronok sangat dan bersyukur.Pagi-pagi raya orang dah datang rumah kita memang murahlah rezeki.Setiap tetamu yang datamg ke rumah kita akan membawa pulang dosa-dosa kita.Jadi janganlah marah atau mengeluh bila ramai orang berkunjung ke rumah kita lagi-lagi di bulan yang penuh keceriaan dan kesyukuran ini.

pagi tu sempat juga mak ayah menjemput ''orang surau'' bermarhaban ke rumah.Rasa bersyukur sangat pagi-pagi lagi rumah sudah ''diterangi dan dirahmati'' dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Juadah pagi raya sudah tentu ketupat nasi dan ketupat pulut.Rendang daging dan serunding serta sambal kacang turut tidak dilupakan.Aku dan akak makan sikit je pagi tu sebab lebih  mementingkan hidangan untuk tetamu.hehe.

kita tuan rumah tak dapat tak pe janji tetamu mesti kenyang.hehe.

suasana di meja santap.

me with my dear sis :)

belum bergambar dengan family lagi.
masih menunggu.huhuhu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMANYA TEMAN-TEMAN BLOGGER DAN PEMBACA SETIA SEKALIAN :))

pantun raya orang Johor :



cEngitu cEngiNi
Awak sUka kita tAk sUka
SeKaraNG ini hAri rAya
 

Sama-sAma kita bErsUka riaaaa




No comments:

Followers