welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100509

this one for you mom

yang bertudung hijau itulah ratu hatiku ;)


IBU,IBU ENGKAULAH RATU HATIKU..

Hari ni Hari Ibu...
mama,I love u very much!
you are my everything mama!
terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untukku.tidak mampu ku balas semua ini.kau telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari.kau melahirkan aku dengan penuh kesakitan.Ya ALLAH begitu banyak pengorbananmu kepadaku ibu.

aku selalu ingat mak selalu cakap dengan aku yang dia tak ada harta yang ditinggalkan untuk aku nanti..yang mampu dia beri adalah ilmu.sebab tu dia suruh aku belajar pandai-pandai dan belajar setinggi yang boleh agar ilmu yang aku peroleh dapat membaiki taraf hidupku..aku akan sentiasa ingat pesan mak ini.

mak aku seorang wanita yang hebat dan kuat di mataku.dia begitu tabah dalam membesarkan kami adik-beradik.dia tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai ibu da isteri.dia tak pernah tak masak untuk kami sekeluarga.walau dia penat macam mana sekalipun makanan untuk kami dia tetap akan masak.dia seorang ibu yang hebat dimataku.

dia berusaha untuk menunaikan kemahuan anak-anak dia.jarang sekali dia berkata tidak akan kemahuanku asalkan kemahuanku itu memberi kebaikan.kadang kala aku rasa bersalah untuk meminta sesuatu kepada ibuku.terutama sekali soal duit.rasa bersalah sangat-sangat.

mak selalu cakap dia nak anak-anak dia belajar tinggi-tinggi supaya masa depan kami terjamin.

mak aku adalah kekuatan aku.dia yang membuat aku bangkit tatkala aku rasa dah tak berdaya untuk menghadapi ujian yang melanda hidupku.mak aku yang selalu memberi keyakinan kepada diriku.tanpa sokongan dan doa restu mak aku takkan dapat apa yang aku kecapi hari ini.

ibuku seorang yang ibu yang sangat baik dimataku,dia akan memberi sokongan padu kepada anak-anak dia dalam apa jua yang kami lakukan.

mak anakmu selalu membuat dosa kepadamu.aku seorang anak perempuan mak yang degil dan keras kepala!selalu nak ikut kata hati je.mak dah banyak bersabar melayan kerenah aku yang macam-macam ni.

mama,terima kasih atas segala-galanya yang telah lakukan dan beri kepadaku....
I love u very much!

ALLAH aku sangat bersyukur kerana kau mengurniakan aku seorang ibu yang terhebat di dunia iaitu

Puan Sadiyah Binti Ab Kadir

wanita terhebat dimataku dan dihatiku..

sesungguhnya kasih ibu bawa ke syurga...

Ibu tanpa kasihmu hidupku tidak ada ertinya....

sayang mama sangat2.........


No comments:

Followers