welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100516

Terima kasih cikgu!






Hari ini 16 Mei 2010 merupakan Hari Guru!
jadi post hari ini begitu istimewa bagiku...
guru oh guru!engkaulah insan yang mulia kerana telah mengajar,mendidik dan membentuk sahsiah dan keperibadian diriku.Tanpa ilmu yang kau curahkan aku tidak mampu untuk berada di tempatku ketika ini.Kaulah pemberi yang paling setia.Sesungguhnya kasih sayang dan perhatian dari seorang guru itu sangat berharga.Kerana guru-gurulah aku mampu bangkit apabila aku rasa aku sudah tidak mampu dan berdaya untuk meneruskannya lagi.Terima Kasih Cikgu!

Setiap guru akan memberi kesan yang mendalam dalam hidup dan diri seseorang pelajar.Nasihat dan ingatan daripada seorang insan yang bergelar guru tidak mampu dilupakan oleh seseorang pelajar.

Aku seorang yang sangat menyayangi guru-guruku.Kerana bagiku guru adalah insan yang wajar kita hormati dan kasihi selepas kedua-dua ibu bapa kita.Aku mempunyai hubungan yang baik dengan setiap guruku.Alhamdulilah.Buktinya aku masih dapat berhubung dengan Cikgu Izura Hazarini,cikgu aku masa form 1 dan 2.Dah hampir 6 tahun kiteorg tak berjumpa.Tapi alhmdulilah hubungan antara cikgu dan pelajar masih kuat.

Aku masih teringat kata-kata dari seorang guruku masa form 5,Cikgu Norhaizam dia cakap dengan aku "biarlah kita jadi orang yang tak disangka".Maksudnya disini,biarlah orang tak pandang kita sebagai orang yang pandai atau cemerlang tetapi kita mampu buktikan kita boleh buat lebih baik daripada orang lain!Aku akan sentiasa pegang kata-kata ini.

Sebenarnya terlalu yang telah berlaku dalam hidupku bersama-sama cikgu-cikguku.Terlalu banyak!Biarlah ianya menjadi kenangan terindah dalam hidupku.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA CIKGU-CIKGU TADIKA KEMAS,SK KAMPONG PASIR,SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN DAN SMK AMINUDDIN BAKI JB yang telah memberi ilmu dan mendidik diriku tanpa jemu dengan penuh dedikasi.
TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU!
SAYA SAYANG CIKGU-CIKGU SEMUA SANGAT-SANGAT!



1 comment:

Followers