welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100522

selamat ulang tahun sayang :)


ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan HAFIZA SURAYA BINTI ABDUL HAMID

Hari Rabu 19 MEI 2010 bersamaan 5 JAMADILAKHIR 1431H merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-19.Alhamdulilah aku memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana DIA telah memanjangkan usiaku sehingga ke hari ini.Aku dah semakin dewasa dan semakin membesar(dah memang besar dah pun).Aku akan melalui fasa hidup yang lagi mencabar.Aku kena sentiasa bersiap sedia untuk melalui kehidupan yang penuh mencabar ini.Aku dah 19 tahun bukan 9 tahun ok!hehe.tapi rasa baru 17 tahun je..hehe..Bila dah 19 ni rasa macam tak percaya tahun depan aku dah masuk 20 tahun!OMG!lagilah mencabar tuh!


Sayang,awak dah 19 tahun tau bukan 9 tahun!awak dah besar panjang,awak dah semakin dewasa,awak dah jadi anak dara kalau zaman nenek moyang awak kita awak dah kawen agaknya..haha..
sayang,awak kena pandai jaga diri,tingkah laku,emosi dan percakapan awak.Sayang,awak kena kuat hadapi hidup ni.Hidup ini penuh cabaran dan dugaan.Sayang,jangan pernah mengalah dalam hidup ni ok?Awak kuat!
sayang,awak kena tabah dalam menghadapi apa jua perkara yang terjadi dalam hidup awak.






Sayang,tahun ni awak nak STPM.Awak yang pilih jalan ni jadi awak kena buat yang terbaik.Jangan malas belajar tau awak.Awak lakukan dengan bersungguh-sungguh.Awak kena ingat harapan ibu dan ayah,cikgu-cikgu dan sekolah terhadap awak.
Awak jangan kecewakan mereka!Awak pun tak boleh kecewakan diri awak sendiri.Ingat inilah jalan awak nak ke U.Awak tinggal satu kaki je lagi nak masuk u.Lagi sikit je.Awak nak masuk u dah hampir dah.Awak kena ingat cita-cita dan impian awak untuk bergelar seorang pendidik satu masa nanti.
Awak dah bercita-cita nak mendidik anak bangsa.Jadi berusahalah tanpa jemu sayang!Awak mesti boleh dapat 4 principal dan pointer 3.5 ke atas ok!Awak boleh punyer sayang!
awak boleh!!!!!!!!








sayang,hadapilah hidup ini dengan senyuman.Lakukan yang terbaik demi masa depan mu.Jangan takut menggapai mimpi dan angan!


















Salam sayang dari pemilik hati,jiwa dan ragamu....

















No comments:

Followers