welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100403

STPM ada "class" ke tak?


"STPM?form 6?sekolah lagi,kena pakai baju sekolah,kena jadi budak sekolah lagi.Tak naklah!"
ayat yang aku sering dengar dari mulut kengkawan yang bukan amek Form 6..
aku tak tahu kenapa diaorang rasa beban sangat masuk form 6???
aku dulu pon tak pernah terfikir nak masuk sekolah balik semula,jadi budak sekolah,pakai baju sekolah dan terikat dengan peraturan sekolah yang banyak songeh tu...tapi inilah yang dikatakan takdir..
kerana takdirlah yang meletakkan aku di sini sekarang(SAB JB)..
aku pada mulanya pon tak nak masuk form 6 ni...
yelah ramai orang cakap form 6 ni susah sangat...
dahla tu kene bersekolah lagi...
ada kalanya termakan jugaklah dengan kata2 orang2 itu tadi...
tapi setelah diberi motivasi dan perkenalan dengan seorang mahasiswi UPSI yang juga dari pelajar tingkatan 6 SAB memberi banyak keyakinan dan nasihat kepada aku.Kak Zati Bayani.Itulah namanya.
Kak Zati,saya rasa perkenalan saya dan akak bagaikan petunjuk yang ingin ALLAH berikan kepda saya.Akak banyak bagi support kat saya.Akak jugak banyak bagi semangat dan dorongan untuk saya belajar lebih bersungguh..Akak kekuatan untuk saya.Akak sudah seperti mentor saya.Akak terima kasih sangat2..saya sayang akak...saya juga tahu akak pasti mendokan kejayaan untuk saya..amin~~~
Akak segala nasihat dan peringatan umpama azimat bagi saya!
ok berbalik kepada tentang amek form 6 tu tadi..
sebenarnya form 6 bukanlah tempat terakhir bagi lepasan SPM malah form 6 adalah platform kedua yang terbaik selepas matrikulasi untuk masuk ke universiti.Kenapa aku berkata begitu?
sebab kuota nak masuk u bagi lepasan STPM adalah lebih besar daripada matrik or lepasan diploma..
belajar kat form 6 ni tak memerlukan kos yang tinggi..
kita perlu bayar yuran sekolah,beli buku rujukan dan keperluan yang lain yang tak memerlukan wang banyak sangat.
dan yang istimewanya lagi kita tak perlu bayar yuran STPM sebab dah free..yay!hehe
kerajaan dah tanggung tuh!bersyukur sangat2...
kalaulah berbayar ada mahu kat RM 200 lebih wei...huhu
pastu hari2 dapat wang saku..dapatlah menyimpan..hehe
dari segi cara p&p we all pulak sama macam budak u belajarlah...
ada kolokium yang mengajar kiteorang buat tesis nanti kat u..
cikgu-cikgu treat we all seperti budak yang sudah besar dan matang!
dan aku rasa sangat beruntung kerana masih lagi dapat merasa kasih sayang,perhatian dan nasihat dari seorang yang bergelar GURU!
cikgu oh cikgu!
nak kata belajar dia susah?memangla susah,ada ke benda dalam dunia ni tak susah??
dalam hidup tiada yang datang bergolek-golek depan biji mata kita,semuanya kene ada usaha dan cabaran!betul tak???
tapi subjek yang we all belajar menarik tau!
Pengajian Am..sebab kita tentang Perlembagaan Persekutuan...
belajar tentang pentadbiran negara,dasar2 negara,sistem kehakiman negara dan lain-lain..
subjek PA memang seronok untuk dipelajari!
subjek yang lain tak kurang menarik jugak tau..
nak score dalam exam kenalah tau teknik dan taktiknya tau!
Form 6 banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar,sebab barulah terasa betapa untuk mengejar impian dan angan dalam hidup ini memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan iman,mental dan fizikal.
aku lebih mengenal apa itu HIDUP!
oklah sebenarnya banyak lagi nak menceceh tapi masa sangat mencemburui...
jumpa next entry ya!
nanti aku cerita lagi..

conclusion : form 6 memang ada class dek non!

1 comment:

HAFIZA SURAYA said...

TESTING 1,2,3!

Followers