welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20100423

Cinta?



Assalamualaikum semua...
kali ni nak post pasal C.I.N.T.A.
apa itu cinta?ada apa dengan cinta?cuba menjawab persoalan ini..pada akulah cinta adalah anugerah yang paling bermakna yang diberikan ALLAH kepada setiap hambanya.Cinta bererti perasaan yang lahir daripada jiwa yang beremosi dan halus.Cinta bermula dengan hati yang memahami apa itu kasih sayang dan pengorbanan.Cinta mendorong kesetiaan dan kesanggupan.Cinta yang pertama yang hadir dalam jiwa manusia adalah CINTA KEPADA ALLAH S.W.T. kerana Dia adalah pencipta yang teragung alam ini.Cinta pertama yang membawa kepada kesetiaan untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan-Nya.Kita telah menyerahkan jiwa dan raga ini kepada-Nya dan Dia yang berhak menentukan segala-galanya.Cinta ini cinta yang hakiki.Peliharalah cinta pertama ini agar terus abadi dalam jiwa dan hati ini.


Cinta yang seterusnya kepada Nabi Muhammad s.a.w.Baginda adalah rasul kita,penyuruh ALLAH dan kita adalah umatnya.Sebagai umatnya adalah wajib untuk kita mencintainya.Cintailah rasulullah melebihi cinta kepada diri kita sendiri.Cintalah kepada ISLAM agama kita yang suci lagi hakiki.Cintalah ISLAM dengan sepenuh jiwamu.Peliharalah nikmat ISLAM ini dan suburkanlahnya dengan cinta.

Cinta kepada ibu dan ayah."ayah dan ibu,ayah dan ibu,,engkaulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari"....ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita dengan penuh kesakitan bagaikan sebelah kaki di dalam liang lahad serta memberi kasih sayang dan mengasuh dan mendidik bagai menatang minyak yang penuh.Ayah yang telah mencari nafkah bagi menyara keluarga dan membesarkan anak-anak agar dapat hidup dengan lebih sempurna.Sungguh tak tersenarai segala jasa dan pengorbanan ibu dan ayah.Sebagai anak kita wajib menyayangi dan mencintai ibu dan ayah dengan sepenuh jiwa dan raga.Ibu dan ayah tiada yang lebih bererti dalam hidup ini.

Cinta kepada adik-beradik,keluarga,saudara-mara,guru-guru dan kawan-kawan adalah begitu bermakna.Semailah rasa kasih dan sayang terhadap mereka.Sayangilah mereka dan cintailah mereka dengan sepenuh hatimu tanpa mereka hidupmu tidak bererti.

Cinta yang yang juga teristimewa adalah cinta kepada dia yang kau pilih untuk menjadi pasangan dan teman hidupmu.Cintailah dia dengan seikhlas hati.Terimalah apa jua kurang dan lebih dirinya.Jadikan ketidaksempurnaan itu satu keistimewaan.Setialah kepada cintamu.Cinta dan sayanglah kepada dia yang mencintai dan menyayangimu.Berikan cintamu kepada yang mampu memberi dan menerima cinta.

Cinta adalah cinta.Cinta satu ungkapan yang lahir dari hati dan bibir yang bergetar untuk mengucapnya.Peliharalah cinta yang ada dalam hatimu.

wassalam.




No comments:

Followers