welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20091115

Kembali

Align CentreAlhamdulilah,aku dapat kembali mengemas "rumahku" ini yang sudah berhabuk sebab dah lama sangat tinggalkan "rumah" ni dan tak menjenguk langsung rumah aku ni..hehehe..kesian "rumah" aku ni dapat tuan rumah macam aku.Kali terakhir aku post ialah last ramadan itu pun paksakan diri untuk ucapkan selamat hari raya.Sebenarnya begitu banyak yang nak aku tulis dan diceritakan di blog ni tapi sebab kemalasan untuk duduk lama-lama kat depan pc membuatkan benda tu semua tak menjadi.Lupakan seketika hal tadi,sekarang ni aku nak bercerita pasal kehidupan aku di Tingkatan 6 yang begitu memberi ujian padaku.Terlalu banyak kekuatan semangat dan keimanan yang diperlukan untuk menempuh segala cabaran.Bersyukurlah aku kerana dikelilingi rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk aku terus bertahan.Kawan-kawan baru yang kukenali begitu memahami diri ini meskipun kami berlainan latar belakang dan sekolah dahulu.Tidak lupa juga pada guru-guru aku,terutamanya guru seni iaitu Puan Mariana.Cikgu Mariana banyak memberi perangsang dan semangat untuk kami.Dia sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada kami pelajarnya.Dia memberi keyakinan kepada aku dan rakan-rakanku yang lain bahawa kami boleh berjaya di dalam STPM.Terima Kasih Cikgu Mariana!saya sayang cikgu.

No comments:

Followers