welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20090821

~RAMADAN AL-MUBARAK~

Syukur alhamdulilah bulan Ramadan yang ditunggu oleh kita semua sudah pun menjelma.Tidak sabar rasanya nak menyambutnya.Almaklumlah,Ramadan hadir hanya setahun sekali.Kelebihan bulan ramadan ini tidak dapat dikira dengan jari kerana terlalu banyak kelebihan yang ada di dalam bulan ramadan.Ibadah berpuasa dan solat sunat terawih memberi pahala yang amat banyak jika dikerjakannya.Bulan ini jugalah mendidik kita untuk memahami apa itu erti kesabaran dan kenikmatan.Kesabaran dalam menghadapi kelaparan dan sedikit keletihan adalah antara ujian yang ALLAH berikan kepada kita apabila tibanya bulan ramadan.Sebenarnya erti kesabaran yang kita fahami ini mampu mendidik kita menjadi seorang yang lebih bersabar didalam apa jua perkara dalam menjalani kehidupan seharian kita.Kenikmatan ketika berbuka puasa adalah satu antara nikmat yang diberikan Allah kepada orang berpuasa.Selain itu,bulan ini juga bulan dimana doa-doa kita akan dimakbulkan jika kita berdoa tanpa jemu dan tanpa berputus asa asalkan doa yang diminta itu doa yang berunsur kebaikan.Ah,lagi satu bila berpuasa ni badan kita ni akan ringanlah sikit jadi memudahkan kita untuk bergerak ke sana ke mari..hehehe..Bulan ini juga akan menyedarkan kita akan nasib orang lain yang serba kekurangan dalam menjalani ibadah puasa sedangkan kita begitu mewah dengan pelbagai jenis makanan.Apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak dan menjalani ibadah berpuasa.Semoga pahala ibadah kita pada bulan ini akan dilipat gandakan lagi oleh ALLAH SWT..insyaALLAH..

No comments:

Followers