welcome


#inihafizasuraya#

My photo
Bandar Johor Bahru, johor, Malaysia
siapa bising aku tulis nama korang kat sini

20090823

~cinta atau cita-cita~

Cinta atau cita-cita?dua perkara inilah yang sering dihadapi oleh semua orang tak kisah pelajar atau sesiapa insan di luar sana.Kedua-duanya sama penting dalam kehidupan kita tetapi kita harus membuat pilihan yang sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.Sebagai seorang pelajar cinta harus diketepi seketika terlebih dahulu terutamanya budak sekolah,sebab mereka semua masih muda untuk mengenal apa itu cinta?Cinta yang mereka rasa hari ini hanya cinta monyet semata-mata.Tetapi,aku tak nafikanlah ada juga cinta zaman sekolah yang membawa ke alam perkahwinan yang sangat bahagia.Sebenarnya kalau kita bercouple zaman sekolah ni cuma nak tahu apa seronoknya bercouple tu bukannya serius pun.Senang cerita tak ada perasaan sayanglah.Aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat dan dengar.huhuhu..Aku heranlah budak sekolah sekarang sejak dua menjak ni dah jadikan sekolah sebagai tempat hendak mencari jodoh..Berkepit ke sana ke mari dah macam belangkas.Sepatutnya diaorang patut menjaga kesucian tempat hendak menuntut ilmu,ini apa yang cikgu aku cakap.Sebenarnya tidak salah bercinta pada zaman sekolah asalkan kita tahu mengimbangi dan kepentingan kedua-duanya.Pada pendapat aku,cita-cita seharusnya diutamakan dan dikejar terlebih dahulu kerana cita-cita kita pada hari ni adalah jaminan masa depan yang baik pada masa akan datang.Cinta boleh kita perolehi juga satu hari nanti pada masa yang sepatutnya.Cinta kita pada hari ni belum menjamin kehidupan yang kita yang bahagia pada masa akan datang.Lagi satu aku ada cerita yang realiti berlaku sendiri pada kawan aku,diaorang ni bercouple masa form 5 tahun lepas aku baru dengar minggu lepas yang diaorang dah clash..eyalah sorang dah masuk u sorang kat tempat lain jadi pandangan tu dah luas.Masa tu mula dah jumpa orang baru yang mungkin lebih baik mungkin juga tidak.So,para remaja di luar sana fikir-fikirlah apa yang aku cuba sampaikan ni.Aku bukan insan yang kalis cinta tapi,pada masa sekarang ini aku lebih mementingkan cita-cita aku sebab cita-cita ini akan lebih menjamin masa depan aku.Aku hanya mencoret sesuatu yang terbenak difikiran aku bukan untuk menghentam sesiapa.Aku hanya insan biasa so,yang baik datangnya daripada ALLAH yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri.Wassalam

1 comment:

hafiza suraya said...

comment apa-apa jer k...

Followers